Wednesday, August 12, 2009

Sebuah Pingat Gangsa (27 Tahun)- Bola Tampar





Setelah saya menerima sebuah pingat gangsa dari Ketua Pasukan selaku Exco Sukan Kelab Sokanjaya, JKR Bahagian Mukah di pejabat pada petang ini. Maka nostalgia untuk kenangan zaman lalu ketika tahun 1982 sewaktu saya masih darjah Enam telah muncul di otak saya terus.

Saya pernah mewakili Sekolah Rendah Bantuan Tiong Hin ke Kejohanan Bola Tampar Majlis Sekolah-Sekolah Rendah Bahagian Sibu sekitar tahun 1982. Ketika itu pasukan kami mendapat tempat keempat.

Namun , ini kali sempena Pertandingan Bola Tampar, Liga Sukan Komuniti, N.51, Balingian, Mukah yang telah berlangsung bermula dari 9 - 11 Ogos, 2009 di Stadium Tertutup Mukah, Mukah telahpun membuahkan hasil di mana Pasukan Kelab Sokanjaya, JKR Bahagian Mukah telah masuk ke separuh akhir dan berjaya menduduki tempat Ketiga.

Bagi diri saya , saya terharu kerana umur saya yang akan menjangkau ke-40 tidak lama lagi dapat dan masih lagi boleh bermain aktif di tengah gelanggang. Bersyukur kepada Tuhan diberi kudrat untuk terus hidup di bumi yang nyata ini.


Jadi, bagi diri saya, saya sifatkan pingat ini merupakan sebuah pingat penghormatan yang telah saya tunggu sehingga sekian lama untuk tempoh 27 tahun maka ia kini telah menjadi kenyataan. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan lain yang berbilang bangsa dapat bermain dengan suasana yang harmoni dengan kombinasi mantap di antara En. Chew Su Liong, En. Toh Chee Leong, En. Tay Yang Meng, En. Philip ak Kubu, En. Mahda Salleh, En. Fadly Maslim, En. Arni Shahjuan , En. Al-Walid Arol Shah Alam & En. Zuliskandar Bujang.

"Majulah Sukan Untuk Bahagian Mukah"

6 comments:

Gold Arawana said...

Congratulations to all... barvo!

Toh Chee Leong's Collections said...

Terima kasih kepada bekas Presiden Kelab Sokanjaya, JKR Bahagian Mukah En. Minjo di atas ucapan tahniah tersebut.

Hidup Semangat Kesukanan Demi Kelab Sokanjaya, JKR Bahagian Mukah.

Toh Chee Leong's Collections said...

Terima kasih kepada bekas Presiden Kelab Sokanjaya, JKR Bahagian Mukah En. Minjo di atas ucapan tahniah tersebut.

Hidup Semangat Kesukanan Demi Kelab Sokanjaya, JKR Bahagian Mukah.

Putera SM said...

Congratulation Mr. Toh...tidak sangka u pun bleh tahan and still aktif bermain sukan...kalau selalu bersukan baru sihat badan tetapi jagn sekali sekala sahaja nanti badan sakit..walaupun tujuan bersukan untuk menyihatkan badan tetapi tersalah teknik bleh memudaratkan badan...
Majulah sukan untuk diri sendiri

BerN said...

Congrats ... bro!...

Toh Chee Leong's Collections said...

You are welcome bro. Bern.