Saturday, January 31, 2009

Gelombang Kedua- Keadaan Banjir Di Sibu pada 30.1.2009

Gambar No.1 ini menunjukkan keadaan banjir di Tadika Stapang,
Selangau

Gambar No. 2 menunjukkan keadaan banjir di Jalan Pedada, Sibu

Gambar No. 3 menunjukkan keadaan banjir di jalan masuk ke
Perpustakaan Awam Sibu, Sibu
Gambar No.4 menunjukkan keadaan banjir di Jalan Maling, Sibu

Gambar No. 5 menunjukkan keadaan paras air di Jalan Selangan,
Upper Lanang, Sibu
Untuk maklumat lanjut berhubung dengan keadaan banjir di Sibu maka anda boleh lawati blogger di bawah berikut:-

Wajah keriangan cucu-cucu datuk Toh Choon Hui ketika "Reunion Dinner" 2009 pada malam 25.1.2009

Gambar ini diambil di rumah bapa saya (Jalan Teku).

Tarian Singa Sedang Masuk Kedai Di Wisma Sanyan, Sibu

Gambar No. 1 ini saya ambil di Tingkat Bawah, Wisma Sanyan.
Persembahan tarian singa ini telah dilakukan oleh kumpulan tarian singa Sekolah Menengah Persendirian Kong Ming, Salim, Sibu ke premis Kedai Cuci Gambar Canon.

Gambar No. 2 ini menunjukkan tarian singa telah beralih masih ke
kedai premis Sarang Burung di Tingkat Bawah Wisma Sanyan, Sibu.
Catatan: Tarian singa biasanya dimainkan pada hari ketiga atau hari seterusnya
semasa perayaan tahun barun cina. Kadang-kala persembahan tarian singa juga
dimainkan ketika menyambut ketibaan orang kenamaan sebagai perisian ruangan
kebudayaan kaum masing-masing di Malaysia ini.

Pembentukan Perkataan 'in' dengan 'ni' - Kombinasi Pokok & Tumbuhan

Gambar No. 1 ini saya ambil di Jalan Matading/Selangau.

Gambar No. 2 ini saya ambil di Jalan Matading/Selangau
Apa yang saya komen di sini ialah keindahan alam semulajadi dengan kombinasi di antara pokok dan tumbuhan akan membentuk huruf "in" & "ni". Kita tidak perlu buat apa itu bentuk bonsai maka dengan sendiri tumbuhan yang menjalar ke atas pokok itu membentuk kreativitinya yang tersendiri. Cantik dan pelik.

Gambar Kumpulan Keluarga Toh (Group Photo Toh's Family) Di Sibu Pada 26.1.2009

Gambar ini diambil ketika berada di rumah baru abang saya iaitu Toh Chee
Siong(Ulu Sungai Merah, Sibu).

Untuk makluman ayah saya merupakan bekas pesara kerajaan di mana beliau pernah berkhidmat sejabatan dengan saya. Saya berdiri di baris ketiga nombor 5 dari kiri. Keluarga datuk Toh Choon Hui sudah mempunyai tiga orang cuci lelaki dan lima orang cuci perempuan setakat ini.

Friday, January 23, 2009

Happy Chinese New Year 2009

[Sumber: Gambar ini saya petik dari Lelong. com]


Hi, Friends! Chinese New Year is almost here! it's time to wish everybody a Prosperous Happy Chinese New Year 2009 !

Best regards,

[TOH CHEE LEONG]
Mukah, Sarawak, Malaysia

Thursday, January 22, 2009

Masakan Tengah Hari Gam Tahunan Bagi Orang Cina (Berloghatkan Hing Hua)

Gambar No.1 menunjukkan maklumat tentang ramuan utama
masakan gam tahunan bagi orang Cina yang berloghatkan Hing Hua.


Gambar No.2 menunjukkan serba sedikit penerangan tentang
cara kerja masakan untuk masakan gam tahunan tersebut di atas.

Gambar No.3 menunjukkan cara kerja masakan dan kemasukan
ramuan utama mengikut turutan yang telah disenaraikan.
Untuk makluman semua, saya merupakan bangsa cina yang berloghatkan Hing Hua. Lazimnya masyarakat pula beranggapan bahawa si orang Hing Hua mesti bercakap dalam suara yang besar dan nyaring. Ini kerana kebanyakan mereka adalah terdiri daripada kaum nelayan. Jadi, ketika berkomunikasi di lautan mereka mestilah berteriak. Ada di antara masyarakat kini masih beranggapan bahawa jika mereka berteriak maka satu kampung boleh dengar suaranya.
Saya sangat suka akan masakan tengah hari bagi gam tahunan tersebut di atas . Walaupun masakan agak melekit sedikit di mulut, namun tetap sedap di dalam hati bagi sesiapa yang pernah mencubanya.
Menurut cerita datuk saya, masakan tengah hari bagi gam tahunan ini membawa maksud iaitu ia berperanan sekali lagi untuk kita bersatu, bergembira, mengikat, melekat dan menjalinkan silaturahim sesama sendiri dengan keluarga yang terdekat mahupun sanak saudara. Itulah cita rasa yang hendak diutamakan orang Hing Hua.
Jadi, dengan memakan masakan tengah hari gam tahunan ini sekali lagi mengajar bangsanya untuk bermuafakat, bermuhibah, bersatu antara satu sama lain seperti fungsi gam yang melekat bersama.

(Sumber: Dipetik dari Keratan Akhbar Sin Chew Daily di muka surat 10 bertarikh 20.1.2009 [Isnin] )

男人看女人的第一眼是…

男人看女人的第一眼是…


有人說,看中國的美女要去上海,而看上海的美女最佳去處莫過於淮海中路。於是,和朋友相約在這美女如雲的淮海路邊,借著喝茶聊天為名,大飽眼福。



不看則已,一看驚嘆,世界真的變了!這街上美女真的艷麗,如同夏天火一般的溫度噴湧而出,怪不得連寒冬也變成了暖冬。到處都是炫眼奪目的吊帶衫、露臍裝、迷你裙、低腰熱褲、尖足涼鞋,以及那迷人的粉頸高胸、蠻腰玉腿,給炎熱的上海,增添了千種風情。萬般嬌艷,引得朋友直呼看不懂,造物主為何對女性如此厚愛!




望著朋友一臉的專注打趣道:作為一個男人,你第一眼看到了女人的什麼?他脫口而出:美麗的臉。




噢!看來他還是一個心智尚未成熟的小男人。據說,了解男人是否成熟,只需觀察他看女人的第一眼:20歲的男人看女人第一眼總是盯著女人的臉;30歲的男人第一眼瞄準的多數是女人的胸;40歲的男人第一眼最愛看的是女人的腿;只有50歲的男人第一眼才會注意到女人的背。




現已無法考証此種說法,但就憑如此精闢老到的論述,足以証明這位仁兄,絕對是一位慧眼識女人的九段高手。




想想,一個20歲的男人,情竇初開、意亂情迷,自然最注重女人的臉蛋;而30歲的男人,已是性情中人,因而關注的重心順勢下移,由臉到胸;到了40歲的男人,名利雙收、穩重成熟,愛收藏、懂欣賞,他們更喜愛女性那種玉樹臨風、亭亭玉立的優雅氣質與風度,而造物主美妙的傑作中最能體現青春、健美、嫵媚的就是女性的小腿;50歲的男人飽經滄桑、爐火純青。背、肩負著女人所有的情感心跡,透過背,可望見女人心中的血、眼中的淚……因此只有成熟的男人才知道怎樣去呵護女人,才明白如何去撫平女人受傷的軀體和靈魂。




一個敢於直面女人、大膽望著女人臉和胸的男人,內心思索的一定是佔有和征服。一個從背後觀察女人,胸中湧動的是對女人由衷的憐愛與欣賞。至於那些愛足嗜活A尤其是到了對“三寸金蓮”之類如醉如癡地步的另類男人,一般而言之,此君該是一流“殺手”,不知遇見此等“殺手”,究竟是福?是禍?


(Sumber: Dipetik Dari Lelong Forum)

Cadangan Pembinaan Gereja Methodist Dalat- Kerja Bumbung & Kerja Melepa

Gambar No.1 menunjukkan pandangan tepi (hadapan) cadangan
projek pembinaan Gereja Methodist Dalat, Dalat

Gambar No.2 menunjukkan pandangan tepi (belakang) projek
pembinaan Gereja Methodist Dalat, Dalat

Wednesday, January 21, 2009

Pelbagai Bumbung

Gambar ini menunjukkan kombinasi bumbung bangunan, bumbung
kereta Hilux dan bumbung stor.

Gambaran Waktu Senja Dari Salah Satu Sudut Di Taman Pelita Fasa II, Mukah

Gambar ini menunjukkan waktu senja sudah menjelang tiba di Taman Pelita
Fasa II, Mukah

Bunga Orkid Jiran Saya Di Lot 840, Taman Pelita Fasa II, Mukah

Gambar No. 1 menunjukkan pandangan hadapan bunga orkid seolah-olah
berangkakan rombus.

Gambar No. 2 menunjukkan pandangan dekat bunga orkid jiran saya.

Tuesday, January 20, 2009

Akar Pokok Kelapa Di Tepi Pantai Selepas Hakisan Tebingan Pantai

Gambar ini menunjukkan hakisan pantai yang teruk dan serius telah
berlaku ekoran dari pukulan ombak yang kencang. Apa yang tinggal
ialah akar pokok kelapa masih mencengkam ke dalam lapisan tanah.

Sunday, January 18, 2009

Selamat Tahun Baru Cina 2009 (Happy Chinese New Year 2009)

Gambar ini saya ambil ketika membeli-belah di Pasar Raya
Farley, Tempat Letak Kereta, Jalan Salim, Sibu. Kelihatan kombinasi tanglung
kecil yang banyak untuk membentuk sebiji tanglung gergasi di gelanggang tempat letak kereta.

Bersama ini saya ingin ucapan "Selamat Tahun Baru Cina 2009" &
Selamat Bercuti kepada pengunjung setia 'blog' saya.
Ampun maaf dipinta
sekiranya ada terlanjur kata/ tersinggung perasaan siapa-siapa sama
ada secara langsung atau tidak langsung maka sila maafkan saya.

Saturday, January 17, 2009

Buah Cempedak Hasil Dari Kacukan Buah Mangga Yang Diberi Oleh Sahabat Karib Dari Sibu - Engr. Lim Yew Leong

Gambar No.1 menunjukkan sebiji buah cempedak yang besar hasil dari kacukan dengan buah mangga.

Gambar No.2 menunjukkan buah cempedak telah dibuka
dari kulitnya.

Gambar No.3 menunjukkan buah cempedak yang telah ditanggalkan
kulitnya. Isinya memang besar dan sedap rasanya. Ia sangat
sesuai bagi mereka suka cempedak yang tidak manis. Inilah pilihannya.

Gambar No.4 menunjukkan semangkuk buah isi cempedak
yang sedia untuk dinikmati. Rasanya tidak semanis berbanding dengan buah cempedak yang asli.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada engr. Lim di atas kemurahan hati bagi
berkongsi kegembiraan atas kejayaan ladang/dusunnya sudah membuahkan
hasil. Makanlah buah-buahan tempatan.
Orang berbudi kita berbahasa;
Orang memberi kita merasa.
Berbudi pada tanah;
Pasti ada hasil.

Alat Jaring Tangkap Ketam di Tepi Sungai Batang Loba Pulau, Mukah

Gambar ini menunjukkan alat yang digunakan untuk menangkap ketam di tepi sungai.
Hanyalah orang yang berusaha dan rajin itu akan mendapatkan pulangan yang agak lumayan.

Ketam di Tanjung Manis adalah sangat berisi dan difahamkan harga sekilo lebih kurang RM12- RM15.

Tahun Lembu Bagi Kelendar Cina- Lembu Yang Termenung Di Tepi Jalan Lama, Belawai

Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan melawat ke tempat kejadian hakisan tepi pantai
Belawai oleh pukulan ombak yang kuat. Barangkali apa yang dimenung oleh si lembu di tepi jalan ialah hujan yang turun tidak berhenti-henti pastinya akan mendatangkan masalah banjir dan keadaan laut yang bergelora.

Rumah Panjang (Long House) Di Jalan Matading/Selangau, Mukah

Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan balik dari Sibu ke Mukah
di Jalan Matading/Mukah pada 17.1.2009

Wednesday, January 14, 2009

Rezeki Kurang Di Musim Banjir - Nelayan Di Daerah Mukah

Gambar ini menunjukkan beberapa buah kapal nelayan telah bertambat
di Pangkalan Nelayan dekat Tebingan Sungai Mukah.

Untuk makluman, hujan yang turun lebih kurang 3 hari tidak berhenti-
henti dan keadaan laut yang bergelora dan tidak sabil telah menyebabkan
para nelayan tidak turun ke laut sejak tiga hari yang lepas.

Namun, perayaan tahun baru Cina kali ini sudah pastinya akan
mewujudkan satu keadaan di mana permintaan ke atas ikan segar
akan melebihi penawaran dari segi pandangan ekonomi. Jadi, nasihat
kepada para penjual ikan janganlah mengambil peluang ini untuk
menaikkan harga ikan dengan sewenang-wenangnya.

Keadaan Banjir Di Pasar Lama Mukah, Mukah Pada 12.1.2009

Gambar ini menunjukkan keadaan banjir di Stesen Penghentian Bas
Bas

Gambar ini menunjukkan pandangan dari Kampung Pinang
menghala pergi ke Jalan Lintang, Mukah
Untuk mengetahui keadaan sebenar banjir di kampung saya iaitu Ulu Sungai Merah, Sibu. Maka anda boleh layari blog seperti http://mengleiwong.blogspot.com/ atau di http://www.stevelinglt.blogsot.com/

Be The Best Of Whatever You Are

Gambar ini dijadikan renungan bersama agar kita dapat memberi khidmat
yang terbaik kepada nusa,bangsa dan negara.

Tuesday, January 13, 2009

Malapetaka Di Alaf Baru - Banjir Besar Di Mukah

Keratan akhbar ini dipetik dari Utusan Borneo Helaian 3 yang
bertarikh 12 Januari 2009 (Isnin) .

TAJUK: Banjir di Mukah makin buruk lebih 10 kampung
terjejas.
Namun, hasil dari penelitian kandungan akhbar tempatan ini
adalah didapati kejadian kali ini merupakan yang ketiga terburuk
selepas banjir besar pada tahun 1969 dan 1973.
Tahun 2009 tetap menjadi ingatan para mangsa banjir di daerah
Mukah iaitu kekerapan banjir selepas 20 tahun berada di paras
yang lebih tinggi berbanding dahulu kala.

Renungan Bersama: Peribahasa Melayu Untuk Mangsa Bencana Alam- Banjir

Gambar ini saya 'scan' dari Muka Depan Majalah Koleksi Komik
May 2002.

PERIBAHASA MELAYU ini bermaksud menghadapi banyak
rintangan tetapi terus berusaha.

Hidup ini memang penuh dengan cabaran. Walaupun keadaan
banjir di daerah Mukah tetapi ia tidak mematahkan semangat
para penduduk di daerah Mukah untuk terus mencari rezeki
kehidupan seharian.

Monday, January 12, 2009

Sajak : Bunga Bangsa

Bunga Bangsa


Gugurmu menjadi

lambang kesucian negara

darah yang mengalir

hingga titisan terakhir


Dengan cebisan doa

di malam sunyi

bunga bangsa.......

mekarlah dikau ketika

sentiasa harum.


Aku tetap menjadi

tangkainya


pemergian mu

disanjung oleh nusa,

dan bangsa

mekarlah dikau ketika

sentiasa harum


Aku tetap menjadi

Tangkainya

pemergianmu

disanjung oleh nusa

dan bangsa.

Sunday, January 11, 2009

Gambar Udara Untuk Bangunan Pejabat Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Mukah & Bangunan Pejabat Perpustakaan Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM), Mukah

Gambar ini menunjukkan gambar udara untuk bangunan pejabat JAIS, Mukah dan
bangunan pejabat Perpustakaan MDDM.

Masjid Setia Raja Mukah, Mukah

Gambar ini menunjukkan gambar udara untuk bangunan Masjid
Setia Raja Mukah yang terletak berhampiran dengan Bulatan Jalan
Boulevard Setia Raja, Mukah

Saturday, January 10, 2009

Dua Ekar Kuda Di Dataran Menara Pehin Setia Raja Mukah (MPSR), Mukah

Gambar ini diambil ketika dalam keadaan hari hujan. Si kuda berwarna
kelabu sedang makan rumput di Dataran MPSR sambil disaksikan oleh
si kuda yang berwarna coklat.

Banjir Di Perumahan Taman Pelita Fasa II, Jalan Orang Kaya Setia Raja, Mukah

Gambar ini menunjukkan keadaan banjir berlaku di perumahan
Taman Pelita Fasa II, Mukah. Ekoran dari hujan yang begitu
lebat danturun tidak berhenti-henti sepanjang pagi
tadi telah menyebabkan keadaan sedemikian.

Kingwood Hotel Mukah, Mukah Division

Gambar udara untuk bangunan Hotel Kingwood, Mukah
di Medan Setia Raja Mukah

Keunikan & Kecantikan Terendak Di Dinding Dewan Suarah Mesra Mukah, Mukah(Mukah Civic Centre)

Gambar ini menunjukkan keunikan dan kecantikan yang dimiliki oleh
sebiji terendak. Ia seakan-akan sama dengan rupa bentuk sebiji pingat
pengurniaan.

Si Adik Angeline Dan Alan Yang Bernama Jocelyn Toh

Gambar ini menunjukkan puteri kesayangan saya yang nombor dua
dalam keluarga saya. Tarikh kelahirannya pada 25.7.2007.

SJK Chong Boon, Mukah 2009 - Hari Persekolahan Anakku

Gambar ini diambil ketika hari pertama anak lelaki saya yang
bernama Alan Toh bersama si kakaknya ( Angeline) sebelum turun
ke sekolahnya. Terbayangkan kegembiraan di wajah si anak lelaki saya.
Cuma seminggu sebelum persekolahan si bapa bertanya kepada si
anak supaya diberi peluang untuk dilantik menjadi ketua darjah Tahun
Satu.
Namun demikian, jawapan yang diberikan kepada saya ialah dia hendak kawan-kawan
memilihnya untuk menjadi Guru Besar. Umur kecil tapi hati besar.
Jawapan konkrit yang diberikannya ialah guru besar mempunyai
kuasa untuk menghukum murid-murid sebalik ketua darjah masing-masing
tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghukum murid melainkan
guru mereka.

Thursday, January 8, 2009

Ujian Merentasi Sungai di Sungai Setuan Besar, Jalan Kuala Balingian/Kuala Selupai/Kuala Tatau, Mukah

Gambar No. 1 menunjukkan seekar anjing yang berwarna hitam putih
telah mencari laluan terdekat untuk merentasi sungai di Sungai Setuan
Besar, Kuala Balingian.



Gambar No.2 menunjukkan seekar anjing telah berenang untuk
merentasi sungai tersebut.

Hasil dari tinjauan tapak ke atas tapak cadangan projek pembinaan Jambatan Sungai Setuan, Kuala Balingian tamat maka berlaku satu hal iaitu terdapat seekor binatang ternakan seperti anjing pun mempunyai kebijaksanaan untuk menentukan laluan terdekat untuk sampai seberang sungai. Maka ujian merentasi sungai atas kepakaran yang dimiliki oleh si anjing walaupun dengan aliran sungai yang deras akhirnya berjaya sampai ke seberang sungai.

Pokok Besar di Perpustakaan Lama Majlis Daerah Dalat & Mukah (MDDM)

Gambar No. 1 menunjukkan pandangan yang diambil dari
sudut sebelah pejabat Telekom Malaysia Berhad, Mukah

Gambar No. 2 menunjukkan pandangan hadapan menuju ke
Jalan Kuba II, Mukah. Dua pohon pokok lama ini telah menyerikan
keadaan persekitaran pejabat Pihak Berkuasa Tempat ialah MDDM

Friday, January 2, 2009

Seni Dan Budaya Perlu Seiiring

Sumber: Keratan Akhbar Utusan Borneo ruangan Tempatan di muka surat 3 yang bertarikh 1 Januari 2009 (Khamis)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mana perkataan seni membawa maksud

(1) karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.
Sementera itu perkataan budaya membawa maksud iaitu:
(1) tamadun, peradaban
(2) kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb).

Jadi , bagi mereka yang ingin bergiat aktif dalam bidang seni dan budaya maka kedua-dua kompenan ini tidak boleh dipisahkan sama sekali.