Saturday, February 28, 2009

Liputan Kemajuan Khemah Felcra Mukah -Pameran Pembangunan Sarawak Maju Dalam Malaysia 45 Tahun & Perayaan Ulang Tahun Ke-7 Bahagian Mukah di Mukah

Wah! boleh tahan wanita sekarang pula boleh panjat tinggi
Pemasangan kain santin dijalankan oleh rakan-rakan sepejabat.

Hanya seorang buat ikatan ribon tapi banyak pula yang jadi penonton
dan saksi. hahah


Penambahbaikan pada kain yang dipasang sementara menunggu
pemasangan motto Syarikat Felcra


Rakan sepejabat turut sibuk membaca arahan yang diberikan oleh
ketua mereka. Apa yang dibaca itu..




Pengaturan semula mana yang tidak elok kononnya....





Wah! si gadis bercermin mata naik semula ke atas tangga. Hebat betul
dia. Cuma nasihat dari aspek keselamatan digalakkan memakai topi
keselamatan/kasut keselamatan. Utamakan Keselamatan di
Tapak Kerja. Itu nasihat dari CIDB. Bukan saya. hahahaa
Sempat juga beliau mengambil gambar... Beliau tetap hebat!

Beliau sempat mengambil gambar bersama rakan-rakannya.
Wa ca ya sama lu.
Maaf ya!. Ulangan gambar tapi tidak apa. boleh tengok
semulalah


Oh! motto Felcra ialah "CEMERLANG TANPA HALANGAN"


Kerja pemasangan motto sedang dijalankan.


Begitulah semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh kakitangan Felcra tidak kira boss atau kakitangan bawahan. Pohon Sawit, buah sawit dan kasut pun turut bersama untuk dijadikan hiasan sementara untuk bahagian luar. Daya kreativitif yang ditunjukkan pasukan Felcra haruslah dijadikan teladan dan contoh bersama. Ketua dan Pengurus Ladang masing-masing turun padang ke tempat pameran bagi persiapan akhir sementara menjelangnya keesokan hari.
Tahniah dan syabas di atas kejayaan untuk mengelolakan khemah anda itu, pasukan Felcra Mukah Tetap Boleh & " Selamat Hari Jadi Bahagian Mukah Ketujuh".












7th Anniversary of Mukah as a Division (Ulang Tahun Ke-7, Bahagian Mukah 1.2.2002

Gambar ini merupakan 'banner' yang masih saya simpan di
tempat kerja saya iaitu Tingkat 9, Menara Pehin Setia Raja,
Mukah.


MUKAH,
OH! MUKAH,
KAU TELAH MENGALAMI SATU PROSES PEMODENAN YANG DRASTIK,
DARI HUTAN RIMBA,
KINI SUDAH MEMPUNYAI BANGUNAN PENCAKAR
LANGIT IAITU MENARA PEHIN SETIA RAJA (MPSR).
SATU MERCU TANDA BAGI BAHAGIAN MUKAH,

ESOK MERUPAKAN HARI JADI KAU YANG KE-7,

SEBAGAI WARGA SETIA MUKAH SAYA INGIN UCAPAN 'SELAMAT HARI JADI KE-7, BAHAGIAN MUKAH,
TANGGAL 1.3.2002 TETAP AKAN MENJADI INGATAN KITA BERSAMA,
DOAKU PADAMU SEMOGA BAHAGIAN DILIMPAH MEWAH EKORAN SCORE PROJEK
SEMAKIN MAJU DAN MAKMUR,


MUKAH,
OH! MUKAH,
KAU TELAH MENDEWASAKAN AKU,
AKU TETAP CINTA PADAMU,
OH! MUKAH,
TERIMA KASIH,
MUKAH.

Monday, February 23, 2009

Bunga Teratai Warna "Pink"Di Jalan Oya/Dalat


Begitulah keindahan alam semulajadi hasil dari keprihatinan manusia
untuk menjaga kebersihan parit jalan.
"Masyarakat Sihat/Cantik Hasil Kemakmuran Kita Bersama"

Mukah Land Mark - Night View of Mukah Steel Arch Bridge

This foto is showing the night view of Mukah Steel Arch Bridge

Saturday, February 21, 2009

Keadaan Air Surut di Limbangan, Sibu

Gambar ini saya petik dari http://www.stevelinglt.blogspot.com
berhubung dengan keadaan air surut di Limbangan.
Keadaan pengelodakan yang tebal telah berlaku di situ.

Perkhidmatan Feri Di Batang Igan, Matu

Gambar No.1 menunjukkan Feri Benuong yang menyediakan
perkhidmatan kepada penduduk di sekitar Igan dan Matu/Daro.
Gambar No. 2 menunjukkan Feri Maju yang menyediakan
perkhidmatan kepada penduduk di sekitar daerah kecil Igan dan Daerah
Matu/Daro
Diharapkan cadangan pembinaan Jambatan Btg Igan, Matu akan
dilaksanakan oleh kerajaan maka sekurang-kurang kadar pembuangan
masa bagi para pengguna sementara menunggu kedatangan operasi feri
dari seberang dapat diatasi dengan sepenuhnya.

Friday, February 20, 2009

Mukah (5 Buah Rumah Kedai Hangus)- 18.02.2009

Sumber: Keratan Akhbar Utusan Borneo pada 18.2.2009

Jalan Menuju Ke Tempat Kejadian:









Nasib malang sebuah lori di tempat kejadian.











Keadaan yang menyayat hati sekali mata memandang...
Panjang umur iaitu barisan satu deret rumah kedai kayu yang masih
wujud walaupun 3 kali malapetaka melanda Pasar Lama Mukah.
Kedai rumah kayu ini mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun.

Komen: "API SEMASA KECIL MENJADI KAWAN"
&
"APABILA BESAR MENJADI LAWAN"
Oleh itu, hargai nyawa anda dan harta benda anda sekalian.

Dahan-Dahan Pokok Seakan-akan Sama Bentuk Dengan Seekor Sotong

Gambar ini menunjukkan sepohon pokok yang dahan-dahannya
seakan-akan sama dengan seekor sotong jika ditambah dua (2)
biji mata. Memang aneh ini kesemuanya kreativiti ciptaan Tuhan
Yang Maha Esa. Unik, anek tetapi benar dan menarik.

Hanya manusia yang cintakan alam baru dia terasa keindahannya.

Thursday, February 19, 2009

Pokok Atas Bumbung Lori di Pasar Igan, Matu - Sekali Imbas

Gambar ini menunjukkan seolah-olah pokok itu tumbuh di atas
bumbung lori tersebut. Namun, jika diperhatikan dengan betul
mungkin juga ada kebenarannya di situ. Cuba anda teka sama ada
pokok itu tumbuh di bawah tanah , tumbuh di atas bumbung atau
sebaliknya.

3 Ekar Angsa Emas di Kampung Igan, Matu

Gambar ini menunjukkan 3 ekar angsa emas sedang mencari makanan
berhampiran dengan pembentung di Kampung Igan, Matu

Wednesday, February 18, 2009

Roti Canai "Sri Kaya "di Kedai Kopi Mas Corner Club, Mukah

Gambar No.1 menunjukkan menu untuk jenis-jenis canai yang
terdapat di Kedai Kopi Mas Corner Club, Mukah
Gambar No.2 menunjukkan kaunter juruwang roti canai

Gambar No, 3 menunjukkan rupa bentuk roti canai (Sri Kaya) dengan
harga RM 2.00. Makan rasa enak dan sedap di hati, semoga datang
lagi.
Sebenarnya, ia sama seperti roti canai telur biasa dengan sup kari biasa
yang istimewanya ialah ia disapukan dengan satu lapisan kaya.
Semoga bagi sesiapa yang makan roti canai Sri Kaya akan jadi kaya
raya di hari kelak. Hahaha...


Monday, February 16, 2009

Arca Air Bagi Menara Sesco di Petanak, Mukah

Gambar ini menunjukkan struktur kerangka besi Sesco yang
berdiri megah di tepi Sungai Petanak, Mukah

Sunday, February 15, 2009

Sajak: Air

Air,
kenapa engkau terus mahu mengalir masuk ke kampungku?

Bukankah engkau boleh pergi ke mana-mana,
engkau tidak mempunyai niat untuk membuat kacau,
kenapa engkau mahu bikin orang susah,
telah melenyapkan minat orang ketika merayakan Tahun Baru Cina 2009,
membanjiri laluan jalan tidak kira jalan kecil dan besar,
menelan makan nyawa kecil yang tidak bersalah,
memusnahkan rumah orang,
adakan engkau membuatkan orang hanya lihat dengan mata terpegun ketika air pasang ?

Ada berapa orang kerana engkau,
dan tidak mempunyai tempat tinggal?

Dan ada berapa orang kerana engkau,
hilang barang dan nyawa yang berharga itu?

Kenapa engkau tidak mengubah sesuatu condong kepada tegak,
dan melepaskan kami semua?

Di gurun,
ada berapa orang mati kelaparan...
dapatkan engkau menolong mereka dengan kudrat yang ada,
turut membantu kami dengan tenaga yang ada?

Tetapi,
engkau masih waras dan air semakin pasang...
Oh air?
Bila masanya engkau boleh suruh lagi?

Kita Ini Nasib Serupa Bagaikan Ayam Dengan Itik

Gambar No. 1 menunjukkan seekor ayam sabung terkurung dalam
sangkar manakala seekor itik selati berdiri di luar kurungan dekat
tapak pembinaan jambatan.



Gambar No.2 menunjukkan seekor ayam jantan berdiri di tebing sungai
bagaikan menjadi pengadil kepada acara pertandingan renang itik di
Sungai Petanak, Mukah



Komen saya ialah binatang ternakan tetap akan jadi lauk manusia bagi mereka yang gemarkan daging ayam dan itik. Begitu juga dengan telur mereka. Nasib mereka serupa di mana akan disembelih oleh tuannya untuk dijadikan hidangan.