masakan gam tahunan bagi orang Cina yang berloghatkan Hing Hua.
Gambar No.2 menunjukkan serba sedikit penerangan tentang
cara kerja masakan untuk masakan gam tahunan tersebut di atas.
ramuan utama mengikut turutan yang telah disenaraikan.
Untuk makluman semua, saya merupakan bangsa cina yang berloghatkan Hing Hua. Lazimnya masyarakat pula beranggapan bahawa si orang Hing Hua mesti bercakap dalam suara yang besar dan nyaring. Ini kerana kebanyakan mereka adalah terdiri daripada kaum nelayan. Jadi, ketika berkomunikasi di lautan mereka mestilah berteriak. Ada di antara masyarakat kini masih beranggapan bahawa jika mereka berteriak maka satu kampung boleh dengar suaranya.
Saya sangat suka akan masakan tengah hari bagi gam tahunan tersebut di atas . Walaupun masakan agak melekit sedikit di mulut, namun tetap sedap di dalam hati bagi sesiapa yang pernah mencubanya.
Menurut cerita datuk saya, masakan tengah hari bagi gam tahunan ini membawa maksud iaitu ia berperanan sekali lagi untuk kita bersatu, bergembira, mengikat, melekat dan menjalinkan silaturahim sesama sendiri dengan keluarga yang terdekat mahupun sanak saudara. Itulah cita rasa yang hendak diutamakan orang Hing Hua.
Jadi, dengan memakan masakan tengah hari gam tahunan ini sekali lagi mengajar bangsanya untuk bermuafakat, bermuhibah, bersatu antara satu sama lain seperti fungsi gam yang melekat bersama.
(Sumber: Dipetik dari Keratan Akhbar Sin Chew Daily di muka surat 10 bertarikh 20.1.2009 [Isnin] )
2 comments:
Selamat Tahun Baru Cina..Nanti Kalau Datang Rumah..Ada Angpow ka..MR.Toh..
Sila datang & dijemput datang pada 1-2 Februari, 2009. Ada open houselah. Sebelum datang sila bagi i call dengan no. tel. 013- 828 8989.Takut i ada pergi rumah kawan. Manalah tahu ada ang pow boleh diambil dan diterima RM... Selamat Bercuti & Selamat Tahun Baru Cina
Post a Comment