Saturday, January 10, 2009

SJK Chong Boon, Mukah 2009 - Hari Persekolahan Anakku

Gambar ini diambil ketika hari pertama anak lelaki saya yang
bernama Alan Toh bersama si kakaknya ( Angeline) sebelum turun
ke sekolahnya. Terbayangkan kegembiraan di wajah si anak lelaki saya.
Cuma seminggu sebelum persekolahan si bapa bertanya kepada si
anak supaya diberi peluang untuk dilantik menjadi ketua darjah Tahun
Satu.
Namun demikian, jawapan yang diberikan kepada saya ialah dia hendak kawan-kawan
memilihnya untuk menjadi Guru Besar. Umur kecil tapi hati besar.
Jawapan konkrit yang diberikannya ialah guru besar mempunyai
kuasa untuk menghukum murid-murid sebalik ketua darjah masing-masing
tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghukum murid melainkan
guru mereka.

2 comments:

Putera SM said...

Satu impian yang bagus walaupun masih kecil dalam usia yang muda. semoga cita-cita anak anda akan menjadi kenyataan. Impian bermula dari angan-angan.

Toh Chee Leong's Collections said...

Terima kasih di atas restu si Putera SM. Sama-samalah kita doakan agar dia akan menjadi manusia yang berguna di masa hadapan.