Gambar ini menunjukkan jambatan Sg. Nyelang telah dibuka untuk laluan trafik. Jambatan ini dibuka kepada laluan trafik pada malam 27.10.2008 (Ahad) jam 7.00 malam. Dengan siapnya jambatan ini maka ia telah memberi laluan yang lebih dekat khasnya penduduk dari kawasan daerah Bintangor mahupun dari Sarikei ke Bintangor.
Showing posts with label Projek. Show all posts
Showing posts with label Projek. Show all posts
Thursday, October 30, 2008
Jambatan Sg. Nyelang, Sarikei
Gambar ini menunjukkan jambatan Sg. Nyelang telah dibuka untuk laluan trafik. Jambatan ini dibuka kepada laluan trafik pada malam 27.10.2008 (Ahad) jam 7.00 malam. Dengan siapnya jambatan ini maka ia telah memberi laluan yang lebih dekat khasnya penduduk dari kawasan daerah Bintangor mahupun dari Sarikei ke Bintangor.
Friday, October 24, 2008
Kerja Pemasangan Papan Tanda Gergasi "Selamat Datang" Di Jambatan Batang Mukah, Mukah
Foto#1: Kerja pengangkatan papan tanda gergasi ini dengan bantuan jentera kren digunakan di tapak.
Foto#2: Laluan jalan terpaksa ditutup sebelah bagi memberi laluan kepada kenderaan yang lalu-lalang.
Fot#3: Kerja-kerja penguncian bolt dan nut terpaksa dilakukan oleh lori berkren lengan panjang untuk membantu dalam kerja penstabilan ke atas papan tanda yang hendak digantung..Untuk makluman saiz papan tanda ini berukuran 50 kaki x 14 kaki. Ia dibantu oleh lebih kurang 15 orang untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan papan tanda. Kerja pemasangan papan tanda "Selamat Datang" dan "Selamat Jalan" telah sempurna dilakukan pada 9.12.2007. Syarikat yang menawarkan perkhidmatan merekabentuk dan memasang papan tanda gergasi ini ialah My Advertising & Design Sdn. Bhd, Kuching yang diketuai oleh Encik Desmond Lam. Namun, apa yang lebih penting bagi kita ialah penaja utama papan tanda ini ialah RHB Bank. Tahniah dan syabas di atas kemurahan hati pihak pengurusan RHB Bank.
Tuesday, October 14, 2008
Longgokan Pasir Yang Beratus Lori dan Bekasnya Di Tapak Bina Jambatan
Gambar ini menunjukkan beratus-ratus lori pasir yang telah dituang ke dalam kawasan“piled embankment slab” untuk " approach"jambatan. Buat masa sekarang harga pasir amtlah mahal harganya. Ia turut diibaratkan sebagai emas. Ini kerana berdasarkan anggaran kasar kos untuk menembok keluasan tanah sebanyak satu (1 ) ekar adalah sejumlah RM180,000.00++.
Sunday, October 12, 2008
Cadangan Pembinaan Gereja Methodist Dalat- Kerja Rasuk Bumbung
Subscribe to:
Posts (Atom)

