Friday, October 24, 2008

Kerja Pemasangan Papan Tanda Gergasi "Selamat Datang" Di Jambatan Batang Mukah, Mukah

Foto#1: Kerja pengangkatan papan tanda gergasi ini dengan bantuan jentera kren digunakan di tapak.


Foto#2: Laluan jalan terpaksa ditutup sebelah bagi memberi laluan kepada kenderaan yang lalu-lalang.


Fot#3: Kerja-kerja penguncian bolt dan nut terpaksa dilakukan oleh lori berkren lengan panjang untuk membantu dalam kerja penstabilan ke atas papan tanda yang hendak digantung..
Untuk makluman saiz papan tanda ini berukuran 50 kaki x 14 kaki. Ia dibantu oleh lebih kurang 15 orang untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan papan tanda. Kerja pemasangan papan tanda "Selamat Datang" dan "Selamat Jalan" telah sempurna dilakukan pada 9.12.2007. Syarikat yang menawarkan perkhidmatan merekabentuk dan memasang papan tanda gergasi ini ialah My Advertising & Design Sdn. Bhd, Kuching yang diketuai oleh Encik Desmond Lam. Namun, apa yang lebih penting bagi kita ialah penaja utama papan tanda ini ialah RHB Bank. Tahniah dan syabas di atas kemurahan hati pihak pengurusan RHB Bank.


No comments: