Nasihat kepada semua penghuni rumah, iaitu sebelum pergi tidur. Sila pastikan semua tingkap dan pintu rumah sudah tutup dan kunci dengan sepenuhnya.
Pada diri saya insiden ini berlaku anggaran kos kerugian ialah RM5,000.00 di mana sebuah komputer riba, "external hard disk", "digital camera", "sound recorder" , tabung anak dan diri, tunai ,sepasang cincin dll.. Apa yang paling dahsyat ialah beg kerja berjenama Polo pun habis dicuri oleh si pencuri. Kalaulah dia mahu itu beg boleh minta dari saya. Inilah yang membuatkan saya tidak tahu ke mana hala tujunya hidup hari ini. Terpaksa ambil cuti untuk membuat laporan kecurian di Balai Polis Mukah. Siasatan Bantuan Teknik turut dilakukan ke atas tempat kejadian.
Itulah jangan selalu cakap curi-curi, maka itu curi-curi punyai curi "last-last" si pencuri pecah masuk rumah.
Berhati-hati terutama sewaktu hari hujan, inilah masa paling keemasan untuk si pencuri melakukan kes untuk mencuri.
Pencuri pecah rumah masuk melalui tingkap bawah. Walaupun ada jejaring keselamatan tapi mereka masih boleh masuk ke dalam rumah. Jadi, nasihat kepada para pembaca blog janganlah letak kereta besar berhampiran dengan tingkap. Ini kerana ia akan menghalang pandangan orang dari sebelah luar jalan. Maka tempat ini terselindung dan sesuai untuk mereka melakukan kes pecah rumah.
Sebagai langkah keselamatan pasang lampu ketika malam barang-barang yang berharga kenalah simpan dan ambil pergi ke bilik atas. Susah sedikit tidak apa. Ini untuk kebaikan kita semua.
Janganlah anda menjadi mangsa kedua selepas saya. INGAT! INGAT ITU "Remember" JANGAN! JANGAN! ITU "Don't Forget"