Wednesday, May 27, 2009

Rumahku Di Perumahan Taman Pelita Fasa II Kena Pecah Masuk Awal Pagi

Nasihat kepada semua penghuni rumah, iaitu sebelum pergi tidur. Sila pastikan semua tingkap dan pintu rumah sudah tutup dan kunci dengan sepenuhnya.

Pada diri saya insiden ini berlaku anggaran kos kerugian ialah RM5,000.00 di mana sebuah komputer riba, "external hard disk", "digital camera", "sound recorder" , tabung anak dan diri, tunai ,sepasang cincin dll.. Apa yang paling dahsyat ialah beg kerja berjenama Polo pun habis dicuri oleh si pencuri. Kalaulah dia mahu itu beg boleh minta dari saya. Inilah yang membuatkan saya tidak tahu ke mana hala tujunya hidup hari ini. Terpaksa ambil cuti untuk membuat laporan kecurian di Balai Polis Mukah. Siasatan Bantuan Teknik turut dilakukan ke atas tempat kejadian.

Itulah jangan selalu cakap curi-curi, maka itu curi-curi punyai curi "last-last" si pencuri pecah masuk rumah.

Berhati-hati terutama sewaktu hari hujan, inilah masa paling keemasan untuk si pencuri melakukan kes untuk mencuri.

Pencuri pecah rumah masuk melalui tingkap bawah. Walaupun ada jejaring keselamatan tapi mereka masih boleh masuk ke dalam rumah. Jadi, nasihat kepada para pembaca blog janganlah letak kereta besar berhampiran dengan tingkap. Ini kerana ia akan menghalang pandangan orang dari sebelah luar jalan. Maka tempat ini terselindung dan sesuai untuk mereka melakukan kes pecah rumah.

Sebagai langkah keselamatan pasang lampu ketika malam barang-barang yang berharga kenalah simpan dan ambil pergi ke bilik atas. Susah sedikit tidak apa. Ini untuk kebaikan kita semua.

Janganlah anda menjadi mangsa kedua selepas saya. INGAT! INGAT ITU "Remember" JANGAN! JANGAN! ITU "Don't Forget"

7 comments:

Putera SM said...

To : Engr. Toh

Semoga anda tabah selalu menghadapi dugaan. kadangkala kalau kita berfikir dari sudut yang lain, yang hilang itu bukan rezeki anda kerana apa yang hilang nanti akan diganti dengan yang lebih baik lagi. Semoga anda bersabar..saya turut mempunyai pengalaman yang sama juga semasa rumah saya di sibu dimasuki oleh pencuri sebanyak 2 kali. Kepada orang ramai semoga kita dapat menjaga keselamatan rumah kita dan yang penting keselamatan diri yang perlu diutamakan.

jingpengboy said...

Me too! We lost around RM2500 when the robbers came into our house in Sarikei in broad day light when my whole family went for jogging!

PUTERI SANTUBONG said...

aiyo...kasihannya mr. toh...

-keluarga semua ok?
-nasib baik pencuri yang brengsek dan durjana itu tidak mengapa-apakan family mr.toh....
-rasanya area rumah mr.toh tu dah ramai jugak penghuni di sekelilingnya kan...
-huh!!mudah2an pencuri tersebut dapat ditangkap...

thanks untuk nasihat yang anda berikan..

BerN said...

sorry to know that ... but I do believe there is a reaction for the theft...soon will kena tangkap. As long as u and ur family are save that is the most important.

Toh Chee Leong's Collections said...

Terika kasih kepada semua penulis blog yang memberi komen dan kata-kata semangat untuk membolehkan saya terus berjuang. Duit/harta benda yang kena curi itu boleh dicariganti dengan usaha melalui kudrat kita.

Diharapkan para pencuri akan kena polis sekarang jua!!!.

翱翔 said...

Any news from police?
Your corner house near road side also being trespassed? Means crime index in Mukah is getting higher.

Toh Chee Leong's Collections said...

Bisik aku bertanya ngan pejabat Polis pada 12.6.2009. Nadai newslah. Mereka respon pencuri sayur sudah ditangkap manakala pencuri barangan berharga belum dapat ditangkap lagi.

Rumah di corner lah yang senang orang masuk curi. You know why?

Kena selindung oleh kereta projek aku yang opis kasih pinjam pakai untuk supervise projek.

That why sometime saya rasa keberatan kerana cum-cum kereta parking kat tepi tingkap dan selindunglah. Kereta Hilux tinggi lagi. Bagus pakai or sewa kereta Mr.Beam rendah, rendah dan rendah.
Kalau ada orang pecah rumah dari tepi tingkap memang tidak berani.

Nasihat saya setenang-tenang air jangan disangkap tidak ada buaya.

Gejala kecurian semakin bermaharajarela di Perumahan Taman Pelita Fasa II. Saya amat mengharapkan pihak polis akan membuat sekatan atau rondaan lebih kerap di perumahan saya.