Thursday, October 30, 2008

Keadaan Petang dan Malam Sehari Di Satu Sudut Bandar Sarikei, Sarikei

Gambar ini menunjukkan pandangan waktu siang di satu sudut Bandar Sarikei. Apa yang saya hendak fokuskan di sini ialah dawai elektrik kelihatan kosong kerana tidak benda yang menghinggap di atasnya.

Gambar ini menunjukkan pandangan waktu malam pada sudut yang sama di bandar Sarikei.
Dawai elektrik kelihatan dihiasi oleh lampu yang cantik yang cuma belum dibuka siusnya. Akan tetapi keadaan ini adalah di sebaliknya di mana dawai ini dihinggapi oleh berpuluh-puluh ekor burung layang-layang. Bagaikan burung layang-layang menyusun untuk menyambut para tetamu atau pelancong yang datang melawati bandar dengan mercu tanda sebagai Nanas, iaitu Sarikei.

Nasib Ayam-ayam Di Central Market , Sibu

Gambar ini menunjukkan ayam-ayam yang telah dibungkus khas bagi menunggu para pembeli untuk membelinya. Ayam boleh dijadikan lauk dan hidangan. Bila masanya ayam-ayam ini akan berkokok seperti biasa? Pada lazimnya kita akan mengatakan bahawa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di mana? Tepuk dada tanyalah selera. Haaaaaa.

Jambatan Sg. Nyelang, Sarikei

Gambar ini menunjukkan jambatan Sg. Nyelang telah dibuka untuk laluan trafik. Jambatan ini dibuka kepada laluan trafik pada malam 27.10.2008 (Ahad) jam 7.00 malam. Dengan siapnya jambatan ini maka ia telah memberi laluan yang lebih dekat khasnya penduduk dari kawasan daerah Bintangor mahupun dari Sarikei ke Bintangor.

Bunga Lalang Di Persimpangan Matadeng, Mukah

Gambar ini menunjukkan pandangan ketika senja menjelang di mana bunga-bunga lalang yang tumbuh bagaikan saji turun ketika musim sejuk dengan pepohon yang telah gugur kesemua dedaunnya. Permandangan indah ini boleh dilihat ketika dalam perjalanan di persimpangan menuju ke Mukah/Jalan Oil Palm Scheme (OPS).

Friday, October 24, 2008

Kerja Pemasangan Papan Tanda Gergasi "Selamat Datang" Di Jambatan Batang Mukah, Mukah

Foto#1: Kerja pengangkatan papan tanda gergasi ini dengan bantuan jentera kren digunakan di tapak.


Foto#2: Laluan jalan terpaksa ditutup sebelah bagi memberi laluan kepada kenderaan yang lalu-lalang.


Fot#3: Kerja-kerja penguncian bolt dan nut terpaksa dilakukan oleh lori berkren lengan panjang untuk membantu dalam kerja penstabilan ke atas papan tanda yang hendak digantung..
Untuk makluman saiz papan tanda ini berukuran 50 kaki x 14 kaki. Ia dibantu oleh lebih kurang 15 orang untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan papan tanda. Kerja pemasangan papan tanda "Selamat Datang" dan "Selamat Jalan" telah sempurna dilakukan pada 9.12.2007. Syarikat yang menawarkan perkhidmatan merekabentuk dan memasang papan tanda gergasi ini ialah My Advertising & Design Sdn. Bhd, Kuching yang diketuai oleh Encik Desmond Lam. Namun, apa yang lebih penting bagi kita ialah penaja utama papan tanda ini ialah RHB Bank. Tahniah dan syabas di atas kemurahan hati pihak pengurusan RHB Bank.


Thursday, October 23, 2008

Blok Kayu Untuk Menghalang Kapal Terbang Daripada Teralih

Gambar ini menunjukkan 2 buah blok kayu yang diterimapakai untuk menahan kapal terbang teralih akibat dari tiupan angin yang kenyang.

Cadangan Bangunan Hotel Milik Tan Sri Datuk Dr. Ting Pek King pada 22.10,2008

Foto#1 menunjukkan pandangan tepi gambaran bangunan hotel tersebut
berdekatan dengan site office. Foto#2 menunjukkan pandangan hadapan hotel tersebut.
Apa yang mahu saya komen di sini pada 24.9.2008 berbanding dengan 22.10.2008 cuma pertambahan satu paras sahaja. Namun, kebanyakan dinding sudah dipasang batu bata , kren banyak digunakan di tapak projek ini. Apa yang menarik bagi diri saya ialah penggunaan kaki perencah di mana semuanya berada dalam keadaan baru bagi menjamin keselamatan para pekerja.




Friday, October 17, 2008

Dedaun Yang Gugur di Kg. Sau, Mukah

Gambar ini menunjukkan sepohon pokok yang telah gugur daun-daunnya. Keadaan ini wujud seakan-akan sama dengan musim luruh telah berlaku di persekitaran kita. Permandangan ini unik dan cantik ditambah pula dengan tumbuhan liar yang terdapat pada pepohon dan dahannya.

Thursday, October 16, 2008

Lima (5) Ekor Itik Di Kampung Tian, Daro

Gambar ini menunjukkan lima (5) ekor itik sedang berenang di bawah rumah ketika air pasang di Kampung Tian, Daro. Kampung Tian digelar sebagai kampung atas air kerana kawasan profail tanah yang rendah. Ia selalu mengalami keadaan air pasang dan surut.

Tuesday, October 14, 2008

Kerja Ukur Aras Kelas Pertama (1) Di Jalan Oya/Dalat, Bahagian Mukah


Gambar # 1: Menunjukkan kerja ukur aras kelas 1 telah dijalankan di Jalan Oya/Dalat


Gambar #2: Menunjukkan peralatan Ukur Aras Kelas Satu (1) yang dipakai oleh Juru Ukur. I a menggunakan dua (2) kaki yang lebih tegak dan boleh dilaraskan ketinggian untuk mengukuhkan kestabilan dan kepugakan alat pengukur aras (staf) oleh pegawai dari Jabatan Pemetaan Malaysia.
Ia amat berbeza dengan apa yang kita belajar di institusi pengajian tinggi. Biasanya dalam pratikal di Politeknik atau Universiti maka para pelajar atau siswa-siswi akan diajar untuk menjalankan kerja ukur aras kelas 2 sahaja.

Longgokan Pasir Yang Beratus Lori dan Bekasnya Di Tapak Bina Jambatan

Gambar ini menunjukkan beratus-ratus lori pasir yang telah dituang ke dalam kawasan
“piled embankment slab” untuk " approach"jambatan. Buat masa sekarang harga pasir amtlah mahal harganya. Ia turut diibaratkan sebagai emas. Ini kerana berdasarkan anggaran kasar kos untuk menembok keluasan tanah sebanyak satu (1 ) ekar adalah sejumlah RM180,000.00++.

Sunday, October 12, 2008

Cadangan Pembinaan Gereja Methodist Dalat- Kerja Rasuk Bumbung

Gambar #1: Menunjukkan kerja pembinaan rasuk bumbung sedang giat dijalankan


Gambar #2: Menunjukkan pandangan hadapan bangunan Gereja Methodsit Dalat

Saturday, October 11, 2008

Alat Penganjal (Tali Getah) Untuk Melastik Burung


Gambar ini menunjukkan alat penganjal yang digunakan untuk melastik burung. Ia telah membawa kenangan dan mengimbas kembali apa yang telah berlaku ketika zaman remaja
yang suka melastik burung. Kadang kala burung tidak terkena lastik dan batu yang dianjal pula terbang pergi ke rumah jiran. Maka banyaklah gelaran yang diberikan seperti budak yang nakal, tidak sayang binatanglah dan sebagainya.

Nostalgia Selamat Hari Ulang Tahun Ke 86 TYT Tun

Gambar #1: Menunjukkan kontingen JKR Bahagian Mukah yang menyertai perarakan rapat raksasa ketika Hari Ulang Tahun Ke 86 TYT Tun Salahhuddin di Bahagian Mukah yang julung kali.
Gambar #2: menunjukkan perarakan kumpulan kebudayaan pelbagai etnik di bahagian Mukah

Gambar #3: menunjukkan penarikan poster TYT Tun oleh dua orang penerjun askar yang berjalan atas permukaan dinding Bangunan Menara Pehin Setia Raja

Thursday, October 9, 2008

Keunikan Jentera Penggali Yang Telah Diubahsuai Lengannya Di Tapak Binaan

Gambar ini menunjukkan sebuah jentera penggali yang telah diubahsuai untuk menjadi kren lengan panjang. Keunikan yang dimiliki oleh jentera penggali ini ialah ia berlengan panjang dengan konsep berstrukturkan kekuda (truss) untuk mengangkat tong simen ketika kerja penuangan simen dilakukan ditapak. Ia dapat digunakan untuk ketinggian bangunan lebih dari satu tingkat.

Pemandangan Indah Di Tebingan Sungai Sarawak, Kuching

Gambar ini menunjukkan pemandangan indah di tebingan Sungai Sarawak, Kuching. Senario ini pasti akan mencuit hati para pelancong kerana dengan keindahan seperti kapal-kapal nelayan yang bertambat di tebingan sungai tersebut dan terdapat sebuah kondominium yang berdekatan. Biasan ini seperti wujudnya dua buah bangunan yang tersendiri antara yang atas langit dengan yang bawah air.
Cantik tetap menawar hati setiap orang.

Wednesday, October 8, 2008

Seni Tulisan Khat Cina Besar Dan Kecil Awal Tahun 80-an


Gambar ini menunjukkan salinan kertas latihan seni tulisan khat cina besar ketika mewaklili Sek. Rendah Bantuan Tiong Hin, Sibu ke Peringkat Bahagian dan peringkat Negeri Sarawak

Gambar ini menunjukkan salinan kertas latihan seni tulisan khat cina kecil ketika mewakili
Sek. Rendah Bantuan Tiong Hin, Sibu ke peringkat Bahagian dan peringkat Negeri Sarawak

Tuesday, October 7, 2008

Keceriaan Sekolah Di Sekolah Kerajaan (SK) Sungai Ud, Dalat


Gambar ini menunjukkan kolam air keceriaan di depan bangunan sekolah bagi SK Sg. Ud, Dalat. Dua ekor burung bangau memang tidak asing lagi bagi penduduk Dalat di mana si burung bangau selalu berkeliaran di tepi sungai atau pantai.

Monday, October 6, 2008

Sepasang Burung Hinggap Di Atas Tiang Lampu (Hias) Bersinar Dekat Kawasan Menara Pehin Setia Raja (MPSR), Mukah

Gambar ini menunjukkan sepasang burung yang hinggap di atas tiang lampu (hias) jalan dekat MPSR, Mukah. Apa yang dirunding oleh si burung siapalah tahu... Barangkali hari senja mahu datang tidak lama lagi. Setelah sehari kita memburu demi hidup yang semakin mencabar. Itulah erti sebuah kehidupan.

Bulan Dengan Bangunan Pencakar Langit Menara Pehin Setia Raja (MPSR), Mukah

Gambar ini menunjukkan bangunan tertinggi di bandar Mukah. Ia turut merupakan
mercu tanda untuk orang datang dari luar kawasan bahagian Mukah. Di atas
langit pula kelihatan sebiji bulan yang menerangi langit di waktu senja .

Sunday, October 5, 2008

Pokok Besi Berdahan/Berdaun Baru Sebelum & Selepas

Gambar ini menunjukkan pemantauan dibuat pada 5.10.2008 selepas Hari Raya Aidilfitri 2008




Gambar ini menunjukkan pemantauan ke atas pokok besi dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2008 pada 1.10.2008.

Jadi, konklusinya di sini ialah tumbuh dengan yang baru dan bertenaga dapatlah mendahului perubahan zaman yang penuh dengan pancaloba. Begitu juga dengan manusia. Yang tua akan
bersilih ganti dengan generasi yang baru. Sama-samalah kita menggapai kejayaan dan kegemilangan untuk Bahagian Mukah hanyalah dengan usaha yang gigih dan berazam tinggi.



















































































Pemandangan Indah Keceriaan Di Salah Sebuah Sekolah Menengah Dekat Belawai, Daro

Gambar ini menunjukkan keadaan keceriaan di salah sebuah sekolah menengah dekat
Belawai, Daro. Dengan keadaan persekitaran yang cantik, mesra alam, harmoni akan
memberi satu situasi pembelajaran yang tenang dan sihat.

5 Dalam Satu ,iaitu Bangunan Tua Pek Kong, Cerobong Asap, Stesen Esso Lama, Kereta Kancil dan Pokok Berbunga

Gambar ini memuatkan 5 objek dalam satu keping gambar. Unik, aneh dan benar di mana masing-masing membawa sejarah yang tersendiri. Ini terutamanya cerobong asap dan stesen minyak Esso yang sudah tutup operasi lebih daripada 10 tahun yang lepas. Buat masa sekarang stesen minyak yang terdapat di daerah Mukah ialah Petronas dan Shell.
"Mukah Tetap Indah dan Bersejarah"

Pemandangan Indah Di Sekitar Bulatan Medan Setia Raja, Mukah


Macam-macam pemandangan yang indah terdapat di sekitar bulatan Medan Setia Raja, iaitu mercu tanda Menara Jam, "Fountain" dan Majlis Setia Raja yang tersergam indah. Yang tidak dilupakan juga ialah bangunan yang tertinggi (Menara Pehin Setia Raja) di Bandar Mukah, iaitu dengan ketinggian sebanyak 12 tingkat turut merupakan satu mercu tanda yang terkini buat masa sekarang.




Saturday, October 4, 2008

Pohon Yang Tua Berdahan Muda Masih Boleh Berbunga


Anehkan! Biasanya pokok bunga yang tua akan ditebang tapi sekiranya diberi peluang untuk hidup ia masih boleh mengeluarkan bunga-bunga untuk menambahkan lagi kecantikan alam sekitar kita. Oleh itu, cintai pokok bunga tua.

Sepohon Kelapa Sawit Boleh Jadi Dua Pohon (2 Dalam 1) Di Jalan Ladang Sawit (3), Mukah


Anehkan! satu (1) boleh jadi dua (2). 2 dalam 1, jika kita beri perhatian kepada apa yang berlaku pada persekitaran hidup seharian kita dengan pandangan mata yang tajam.

Friday, October 3, 2008

Antara Layu Dan Mekar Setangkai Bunga Di Kampung Jebungan, Mukah

Gambar ini menunjukkan beberapa kuntum bunga yang sedang mekar dan yang layu.
Ini seakan-akan diibaratkan antara hidup dan yang mati. Setiap benda/manusia diberi tempoh hayatnya. Keindahan alam semulajadi semakin hari semakin terancam oleh manusia.
Wahai! insan yang berilmu dan berperikemanusiaan, sila kekalkan keindahan alam semulajadi ini di tempat tinggal anda. "Masyarakat Indah Negara Makmur".

Ayam Jantan Berwarna 'Pink' Berkokok di Kampung Bruit, Daro

Gambar ini menunjukkan seekor ayam jantan sedang berkokok di Kpg. Bruit.
Anehkan, biasanya warna 'pink' jarang sekali terdapat pada bulu ayam.

Thursday, October 2, 2008

Si Comel Kuching

Sumber : Gambar ini saya petik dari Laman Saieedris( Mencari Sudut
Baru Untuk Memahami Dunia)










Gambar ini diambil ketika dalam perjalanan menziarahi rumah kawan
sempena Hari Raya Aidilfitri. Saya tertarik dengan sifat kucing kampung
di mana ia melompat ke atas bumbung pondok tempat letak kereta untuk
melihat wajah manusia & gelagat manusia yang lalu lalang di hadapan mereka.
Hikmat di sebalik gambar ini mungkin ia ingin menunjukkan ketenangan
fikiran yang dimilik oleh si kucing. Pandai berteduh di bawah pokok buah
betik untuk mencari idea baru.

Fountain (Mata Air ) Batang Cerucuk Konkrit Bertetulang

Gambar ini menunjukkan sebatang cerucuk bersaiz 600mm diameter yang telah dibenam ke dalam tanah. Biasanya batang cerucuk konkrit bertetulang akan dipotong mengikut paras yang dikehendaki untuk kerja pembinaan tetopi (pile cap) bagi sesebuah asas dalam struktur kejuruteraan awam. Maka air yang tertakung dalam batang cerucuk akan terkeluar selepas batang cerucuk itu dipotong.

Permandangan Indah di Pangkalan Jeti Kayu Belian Kampung Sungai Penipah, Mukah


Gambar ini menunjukkan berapa buah perahu nelayan sudah bertambat di pangkalan. Hidup nelayan banyak bergantung kepada cuaca dan nasib. Jika tuah bagus maka banyaklah hasil tangkapan mereka.