Sumber: Logo ini dimuat turun daripada Sarawaknet.
Tajuk Sajak: Sarawak Maju Dalam Malaysia
Sejarah membuktikan
di Sungai Sarawak ini
pernah pahit merentasi peristiwa
dalam jajah British hingga cengkaman Jepun
kini Sarawak merdeka dalam Malaysia
ibarat perjalanan yang beribu batu
menapak keamanan
setelah masa lampau berlalu
ditiup badai tanpa tumpang,
dan kini ia bagaikan Kenyalang membuka sayap
masa depannya penuh kesungguhan
memperkasakan era baru
dalam gelombang pembangunan kedua
merealisasikan industri pertanian
memfokuskan kepada industri baru
berasaskan teknologi maklumat
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)
menumpukan pembangunan sumber tenaga
kuasa hidro, arang batu dan gas semula jadi
pertumbuhan ekonomi Sarawak
mempertingkatkan taraf hidup
imbas kembali 45 tahun
perjalanan ini amat payah
namun akhirnya kepayahan itu
penuh dengan peluang kehidupan
aku anak watan
dengan tanah yang luas terbentang,
inilah kurniaan Tuhan
untuk Sarawak ke arah yang lebih ke depan
dalam denyut nadi pembangunan
melalui sejarah nikmat kemerdekaan
ke era yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
Karya: Engr. Toh Chee Leong,
Mukah, Sarawak pada 18.9.2008
No comments:
Post a Comment