Tuesday, September 30, 2008

Pertandingan Testimoni :Pengalaman Saya Dalam Kejayaan Penyusuan Ibu- Kategori Bapa


Gambar ini diambil ketika penyampaian hadiah kepada pemenang hadiah utama (Grand Prize) Kategori Bapa kepada Toh Chee Leong oleh Y.B Datin HajahFatimah Abdullah, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia) dan Menteri Muda Pertanian (Ekonomi rumahtangga dan Latihan), Sarawak bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Sarawak Di Bahagian Sibu pada 1.8.2008.


Kategori B : Untuk Bapa


Pengalaman Saya Dalam Kejayaan Penyusuan Ibu


Melalui penyusuan susu ibu, perhubungan keluarga itu berterusan menjadi bertambah erat dengan sokongan dari suami dan anggota keluarga. Dengan cara ini, penjagaan anak akan menjadi tanggungjawab yang dikongsi bersama oleh setiap anggota keluarga. Ini akan mewujudkan keluarga yang gembira, harmoni serta satu persekitaran yang baik untuk anak itu membesar, menerima kasih sayang dan perlindungan yang sama rata.


Kasih sayang seorang ayah memang amatlah diperlukan dan ini dapat meringankan beban buat si ibu terutama dalam menjalani bulan-bulan selepas kelahiran. Saya merasakan kemesraan yang wujud ketika penyusuan dan berpeluang berkongsi pengalaman, saat-saat indah dan istimewa bersama bayi saya.


Namun hakikatnya, banyak lagi peranan yang dapat dimainkan oleh ayah bagi menyempurnakan curahan kasih sayang terhadap si anak. Selepas bayi selesai menghisap susu ibu, saya mengambil alih tugas menyendawakan bayi. Bila peruknya sudah kenyang pasti ada ‘hasil’ yang dikeluarkan dan saya boleh membantu membersihkan.


Tempoh cuti ‘Paternity’ yang diberikan itu saya tidak sia-siakan. Saya mengambil peluang ini sepenuhnya untuk mengenali anak saya. Saya tidak biarkan isteri keseorangan mengendalikan segalanya tentang si anak. Pada hari-hari bekerja yang lain, saya cuba pulang ke rumah seawal yang mungkin untuk sama-sama melalui hari-hari awal membesarkan anak.


Untuk ibu-ibu bekerja yang menyusukan bayi mereka secara eksklusif lazimnya akan memerah susu mengikut sukatan yang diperlukan oleh bayi. Susu tersebut diperah setiap hari dan dijadikan simpanan untuk penggunaan pada masa hadapan. Setiap susu yang diperah akan disimpan dalam satu bekas dan dilabelkan dengan tarikh dan waktu perahan. Dengan cara ini, mereka akan dapat tahu sehingga bilakah susu tersebut boleh digunakan. Walaupun tanpa isteri di sisi, anak saya masih boleh minum susu ibunya.


Antara cara-cara saya lakukan untuk menyokong kejayaan penyusuan susu ibu ialah
Langkah 1: Keluarkan susu yang telah dibekukan dari peti sejuk berdasarkan pada tarikh susu yang paling awal diperah.


Langkah 2: Untuk mencairkan susu yang telah dibekukan, letakkan bekas yang mengandungi susu perahan tersebut di bawah aliran air paip yang perlahan. Pastikan susu cair sepenuhnya.


Langkah 3: Kemudian, rendam susu yang telah dicairkan itu dalam semangkuk air suam. Elakkan daripada menggunakan air yang terlalu panas kerana boleh mengakibatkannya berketul-ketul.


Langkah 4: Masukkan susu yang sudah cair ke dalam botol susu. Ketika ini, saya akan dapat susu tersebut kelihatan seperti dua lapisan. Jangan risau kerana biasanya lemak yang terkandung dalam susu iu akan terkumpul pada bahagian atas setelah dibekukan. Saya hanya perlu menggoncangkan botol susu secara perlahan supaya susu menjadi sama rata.


Langkah 5: Pastikan susu yang sudah sedia diminum oleh bayi saya mempunyai tahap kepanasan tubuh dan tidak terlalu panas. Untuk mengujinya, titiskan beberapa titik susu pada bahagian lengan belakang tangan. Apabila yakin susu tersebut tidak berapa panas, barulah diberikannya pada anak saya.


Langkah 6: Setelah kenyang menyusu, saya tidak lupa menyendawakan anak saya supaya angin yang terkumpul di dalam perutnya keluar.


Kini, anak perempuan saya sudah berumur sepuluh bulan. Dia sangat sihat dan ceria. Pastinya, segala kasih sayang yang dicurahkan ini akan mendapat hasil yang setimpal, jika tidak dari anak itu sendiri, kejayaan dan kepuasan diri sendiri kerana dapat melaksanakan yang terbaik pasti dikecapi.


(498 patah perkataan)
oleh
Engr. Toh Chee Leong
25.7.2008































Sajak Sarawak Maju Dalam Malaysia - 45 Tahun

Sumber: Logo ini dimuat turun daripada Sarawaknet.


Tajuk Sajak: Sarawak Maju Dalam Malaysia

Sejarah membuktikan
di Sungai Sarawak ini
pernah pahit merentasi peristiwa
dalam jajah British hingga cengkaman Jepun

kini Sarawak merdeka dalam Malaysia
ibarat perjalanan yang beribu batu
menapak keamanan
setelah masa lampau berlalu
ditiup badai tanpa tumpang,
dan kini ia bagaikan Kenyalang membuka sayap

masa depannya penuh kesungguhan
memperkasakan era baru
dalam gelombang pembangunan kedua
merealisasikan industri pertanian
memfokuskan kepada industri baru
berasaskan teknologi maklumat
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)
menumpukan pembangunan sumber tenaga
kuasa hidro, arang batu dan gas semula jadi
pertumbuhan ekonomi Sarawak
mempertingkatkan taraf hidup

imbas kembali 45 tahun
perjalanan ini amat payah
namun akhirnya kepayahan itu
penuh dengan peluang kehidupan

aku anak watan
dengan tanah yang luas terbentang,
inilah kurniaan Tuhan
untuk Sarawak ke arah yang lebih ke depan
dalam denyut nadi pembangunan
melalui sejarah nikmat kemerdekaan
ke era yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang

Karya: Engr. Toh Chee Leong,
Mukah, Sarawak pada 18.9.2008


Monday, September 29, 2008

Ekor Kuning (Yellow Tail)-Red Wine

Gambar ini diambil di ruangan sudut sebelah luar bar mini Holiday Inn, Kuching.
Apa yang membuat saya tertarik hati ialah idea kombinasi susunan, promosi dan publisiti ke atas produk minuman keras. Tempayan yang diletakkan satu keping kaca boleh dijadikan meja sementara untuk menyimpan sesuatu barang. Ia juga seakan-akan sama dengan konsep beca tetapi ada rak (platform) untuk menyimpan botol-botol. Memang unik dan kreatif.

Gambaran Sebenar Pelangi Di Menara Pehin Setia Raja(MPSR), Mukah

Warna terdapat pada "rainbow" atau pelangi kesemuanya ada 7 warna. Gambar ini diambil di Bangunan MPSR, Mukah. Begitu keindahan alam semesta dan ciptaan Tuhan.

Gambar Udara Bandar Mukah - Fokus Utama Bangunan Menara Pehin Setia Raja (MPSR), Mukah

Gambar ini diambil ketika arah penerbangan dari Jambatan
Batang Mukah menghala ke lapangan terbang Mukah

Gambar ini diambil ketika penerbangan menghala ke arah Oya






























































Pemandangan Indah Di Perkampungan Sg. Tellian, Mukah

Gambar ini menunjukkan pemandangan indah sebatang sungai (Sg. Tellian) yang
penuh dengan batang sago yang telah dipotong untuk dihanyut ke muara
sungai terdekat bagi diangkat oleh kren dan dihantar oleh lori ke kilang sago
terdekat untuk diproses menjadi tepung sago.

Sunday, September 28, 2008

Pembinaan Sebuat Hotel Di Jalan Lapangan Terbang, Kuching

Gambar ini diambil pada tarikh 8.4.2008 ketika itu aktiviti utama
berupa kerja-kerja pembinaan asas.


Gambar ini menunjukan dalam tempoh masa lima bulan
kerja pembinaan sudah jauh mendahului jadual seperti yang
dirancangkan. Ini bermaksud pihak kontraktor sekurang-kurangnya
mempunyai kekotak/acuan lebih dari satu pasang di tapak bina.
Tambahan pula, berdasarkan andaian dan gambar yang diambil maka
dapat dikatakan bahawa kontraktor dapat menyiapkan satu paras
/tingkat dalam tempoh masa sebanyak 15 hari (setengah bulan).

Lampu Hiasan Siling Di Hotel Holiday Inn, Kuching

Gambar ini menunjukkan keunikan sebuah lampu hiasan
siling yang penuh dengan corong berupa tiub/tabung uji.
Jika dilihat dari jauh ia memang akan kelihatan seakan-akan
puluhan batang lilin yang menyala ketika disalurkan elekrik.
Namun, 'patern' ini jarang sekali digemari oleh generasi baru.
Keunikan dan nilai estetik tetap ada pada miliknya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

Hi, Friends!
Raya Day is around the corner, it's time to wish everybody
"Have a Blessed Hari Raya Aidilfitri"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Monday, September 22, 2008

Cadangan Projek Pembinaan Jambatan Batang Oya, Dalat

Gambar ini menunjukkan pandangan yang diambil dari
sudut Pier 4 menghala ke Pier 3, Pier 2, Pier 1 dan Abutment A
(sebelah Kg. Kut) pada tarikh 20.9.2008

Gambar ini menunjukkan saluran pelayaran antara
Pier 3 dan Pier 2 (kesemua ini merupakan tiang
penyokong utama dalam Btg. Oya.

Sama-samalah kita menyaksikan apakah perkembangan seterusnya
pada 20.10.2008 kelak.

Cadangan Projek Pembinaan Gereja Methodist Dalam Sedang Giat Dijalankan

Gambar ini menunjukkan pandangan hadapan sebuah
gereja sedang dalam pembinaan. Kerja pembinaan
kekotak kayu untuk rasuk bumbung sedang giat dijalankan di
cadangan projek pembinaan Gereja Methodist Dalat yang dijangka
dapat memuatkan seramai 150 orang penganut ketika
menjalankan fungsi keagamaan.
Gereja ini terletak satu (1) kilometer daripada Jalan Kekan/Medong,
Dalat



Gambar ini menunjukkan pandangan jauh dari Jalan Kekang/Medong,
Dalat.












Barangan Gantung Hiasan Buah-Buahan Pun Kena Sidai Macam Baju

Gambar ini menunjukkan barangan gantung hiasan
buah-buahan terpaksa dicuci dan dijemur semacam
stail menyidai baju pakaian seharian. Begitulah
ketelitian yang dimiliki oleh
jiran saya si Ghani di Taman Pelita Fasa II, Mukah.
Haha ada gaya, ada stail dan ada umphhhh....

Sunday, September 21, 2008

Jambatan Batang Mukah, Mukah

Gambar ini menunjukkan pandangan malam Jambatan
Batang Mukah. Jambatan ini telah dirasmikan oleh
YAB Ketua Menteri Sarawak pada 8 Mei 2006 jam 10:00 pagi.

Kesibukan Pangkalan Jeti Nelayan Berkayu Belian Di Pasar Mukah

Gambar ini menunjukkan keunikan di mana orang ramai
boleh menyaksikan secara langsung cara para nelayan
mengumpulan hasil tangkapan dari jaring pukat yang digunakan.
Unikan! Itulah pangkalan jeti nelayan berkayu belian di pasar lama
Mukah