Terasa masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Kini sudah hampir mencecah umur 40 tahun. Hanya tinggal beberapa jam lagi. Zaman muda umur 40 ke bawah bukan milik saya lagi.
Sebelum saya balik dari kerja akhir petang ini. Rakan sepejabat saya En. Fadly mengucapkan "Selamat Hari Jadi" untuk keesokan hari. Dia cuba gelarkan saya dan maklumkan bahawa saya layak menerima kategori umur sebagai veteran.
Saya berasa terharu dan begitu gembira kerana syarikat BRANDS turut menghadiahkan sebotol kecil kapsul " Essence of Chicken with Iron + Vitamin B Complex" untuk saya bagi meningkat tenaga batin. Maklumkan umur sudah meningkat dan ditambah pula dengan keadaan kerja yang semakin mencabar iaitu kena keluar stesen untuk menyelia projek jalan-jalan dan jambatan-jambatan. Terpulanglah kepada boss yang mengerti untuk menilai ... Susah hendak dikomen, tidak tahu barang kali belum tiba masa ingin suarakan satu per satu tentang kedudukan, kewujudan dan ..... saya sebenar di jabatan saya.
2 comments:
Selamat hari jadi. Semoga sentiasa bahagia.
Bro. jingpengboy,
Thanks for your kind wishes and blessing. May God Bless You Too.
TQ
Post a Comment