Saturday, April 4, 2009

4.4.2009- Hari Chin Ming di Mukah


Kebanyakan kedai ditutup untuk pulang ke kampung halaman bagi
menunaikan tanggungjawab seorang anak yang baik.


Kesesakan lalulintas terasa di tempat lalu perkuburan.

Pencemaran udara turut berlaku hasil daripada pembakaran duit emas
untuk orang mati pakai menurut kepercayaan cina masing-masing.
Hari ini merupakan suatu hari yang sangat penting bagi kaum keturunan cina di mana mereka kena tutup kedai untuk balik ke kampung halaman bagi menunaikan kerja-kerja menziarahi kubur bagi mengenangi orang yang tersayang( orang yang sudah lama meninggal dunia). Aktiviti yang biasa dilakukan ialah mencuci tapak perkuburan,menghantar bunga-bunga, barang-barang makanan untuk nenek datuk mereka yang sudah mati.
Kenalah bercuti, kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam turut berlaku untuk hari ini. Maka semua orang adalah diseru menghormati dan melayangi orang tua yang tersayang dengan hati yang ikhlas dan penuh perihatin. Janganlah ketika mereka yang tersayang itu sakit barulah membeli barang yang termahal, vitamin yang paling mujarab atau ubat yang ajaib bagi mengubati mereka. Sudah terlambat!!!
Jadi, hargailah masa yang lapang untuk bersama keluarga terdekat terutama kita yang masih hidup ini. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan ini kerana kita ini hanyalah tetamu senja sahaja.

No comments: