Saturday, February 14, 2009

Ulang Tahun Ke-7 Bahagian Mukah (7th Anniversary of Mukah Division)-Kerja Pengecatan Premis Perniagaan

Gambar No.1 menunjukkan kerja pencucian ke atas dinding premis
perniagaan yang sudah luntur warnanya.


Gambar No.2 menunjukkan dinding sebelah tepi yang sudah siap
kerja pengecatannya.

Gambar No.3 menunjukkan sebahagian bangunan premis perniagaan
yang sudah siap kerja pengecatannya di sebelah Bank Public Mukah

Gambar No.4 menunjukkan pandangan luar untuk jalan masuk
utama Bandar Baru Mukah

Gambar No. 5 menunjukkan jalan masuk menuju ke "Terminal Bas"
Untuk makluman anda bahawa sekali lagi bahagian Mukah atau bandar pintar akan meraihkan perayaan Ulang Tahun Ke-7 pada 1.3.2009 kelaka. Maka Pihak Berkuasa Tempatan ,iaitu Majlis Daerah Dalat dan Mukah telah memberi arahan kepada pemilik premis perniagaan agar sama-sama menjayakan program perayaan ini bagi mengisi ruang dan peluang untuk mereka turut mengambil bahagian dalam hari yang bermakna ini.
Oleh itu, boleh dikatakan kerja-kerja pengecatan bangunan telah giat dijalankan bagi memberi satu impak dan wajah baru kepada pengunjung yang datang ke bandar pintar Mukah ini.

2 comments:

Gold Arawana said...

Dah 7 Tahun Mukah membangun sebagai Bahagian.

Peniaga semakin kedekut dan ambil kesempatan.

Kerajaan sepatutnya mengambil perhatian terhadap harga-harga barang runcit di kawasan pendalaman.

Hu hu...

Toh Chee Leong's Collections said...

Kegawatan ekonomilah. Kementerian Hal-Ehwal dan Pengguna kenalah bekerja keras untuk memantau harga runcit di pasaran.
You still remember harga sekotak drinking water dari RM13.00 jumped to RM18.00 ada yang sampai hati jual RM24.00 ketika muka kekurangan air selama sehari.Pasal di kawasan pendalaman Tuai Rumah dan Ketua Kampung atau Penghulu patut diberitahu tentang keadaan ekonomi sekarang dan cuba mencari langkah untuk berjimat cermat.