Monday, December 22, 2008

Mesti Bersyukur dan Jangan Mengeluh

Gambar ini menunjukkan jumlah bilangan pelawat yang melayari blog saya setakat 20.12. 2008.

Tingkah laku menentukan personaliti seseorang manusia. Pemikiran pula mempengaruhi tindakan seharian kita. Corak pemikiran kita boleh menentukan sama ada kendiri itu gembira atau sedih.

Sebagai contoh bentuk badan kita, kita selalu mementingkan diri bahawa tidak jadi kurus lalu mengeluh. Sekiranya kita mengubah sudut pemikiran yang berlainan, iaitu adakah kita bersyukur kerana tidak menjadi gemuk?

Demi memiliki kesyukuran, kita tidak akan mengeluh kerana tidak bersyukur, sekiranya hati sanubari memiliki kesyukuran, maka tidak ada ruangan untuk diri kita mengeluh.

Demi kita boleh berkumpul, kita bersyukur bukan kerana kesesakan lalu lintas kita mengeluh;

Demi kita boleh menghidu udara segar, kita bersyukur bukan kerana kesakitan kita mengeluh;

Demi kejayaan kita bersyukur, jangan pula kerana tidak tercapai matlamat;

Demi keikhlasan hati, kita menasihati demi kebaikan seseorang,

sebaliknya tidak mengeluh jika terdapat orang yang membuat kritikan yang membinasa.

Sehubungan itu, saya juga patut bersyukur di atas kesudian tuan/puan/encik/cik untuk membaca makalah saya, tidak mengeluh jika ada orang tidak membuat komen di ruang blog saya...

4 comments:

dahirisaini said...

nice blog n info...
regards.

Toh Chee Leong's Collections said...

Terima kasih di atas komen yang membina. Saya akan membuatnya dengan sebaik yang mungkin untuk mempelbagaikan saluran informasi di dalam blog ini.

Gold Arawana said...

Bro,

Dont worry.. The time will come when you will be a success as what Tan Sri Lee Lam Thye...

Keep updating your blog with your creative articles and photos. Somebody will appreciate it..For Sure..

Toh Chee Leong's Collections said...

Terima kasih kepada engr. Minjo di atas komen dan cadangan yang membina.

Selepas menghadiri Kolokium Penulis Pelbagai Kaum 2008 di Hotel Penview, Kuching pada 14-15.12.2008. Maka visi dan misi untuk mendaulatkan keagungan bahasa kebangsaan terus tersemai di hati sanubari saya.

Saya akan cuba menghasilkan beberapa makalah berbentuk motivasi di masa akan datang.