Monday, December 29, 2008

Tahun Lembu Bagi Kalendar Cina 2009

Gambar si lembu ini saya 'scan' dari Kalendar 2009 yang dihadiahkan
oleh Glory Shopping Centre Sdn. Bhd, Mukah
Gambar si lembu ini saya juga 'scan' dari Kalendar 2009 yang dihadiahkan
oleh Glory Shopping Centre Sdn. Bhd, Mukah

Tahun 2009 merupakan tahun lembu bagi masyarakat yang akan meraihkan perayaan Tahun Baru Cina tidak kurang satu bulan dari sekarang. Renungan bersama:

Buang yang keruh,
Ambil yang jernih,
Yang baik dijadikan teladan,
Yang buruk dijadikan sempadan.

Tahun Baru , Azam Baru.

Akhir kata,

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 & Wishing all visitors a very Happy New Year 2009.

Si Lembu Dengan Burung "Water-fowl"

Gambar ini saya ambil di Km22 Jalan Mukah/Oya, Mukah

Di mana ada kemahuan di situlah ada jalan. Begitu juga dengan si burung
"water-fowl". Di mana ada lembu di situ ada burung "water-fowl". Barangkali si burung
"water-fowl" ketagih dengan lalat-lalat yang hinggap di atas badan lembu.

Wednesday, December 24, 2008

Kembali Ke Sekolah- Beg Sekolah Baru

Kedai-kedai menjual pelbagai jenis beg sekolah ini terletak berhadapan
pejabat lama Majlis Perbandaran Sibu.

Maka terlintas dalam fikiran saya tidak lama lagi anak-anak kita akan
kembali semula ke sekolah untuk sesi persekolahan yang baru.

Sudut Pemandangan Indah di Jalan Oil Palm Scheme, Mukah

Gambar ini saya ambil ketika dalam perjalanan balik ke Sibu pada 19.12.2008 di Km7,
Jalan Oil Palm Scheme, Mukah.

Season's Greetings

Foto taken at Farley Supermarket , Sibu

Hi, dearest visitors!

Christas Day is almost here, and New Year is near!

It's ture to wish everybody Merry Christmas & Happy New Year 2009

(Selamat Hari Krismas Dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009)

Yang ikhlas,

Toh Chee Leong,
Mukah, Sarawak

Monday, December 22, 2008

Mesti Bersyukur dan Jangan Mengeluh

Gambar ini menunjukkan jumlah bilangan pelawat yang melayari blog saya setakat 20.12. 2008.

Tingkah laku menentukan personaliti seseorang manusia. Pemikiran pula mempengaruhi tindakan seharian kita. Corak pemikiran kita boleh menentukan sama ada kendiri itu gembira atau sedih.

Sebagai contoh bentuk badan kita, kita selalu mementingkan diri bahawa tidak jadi kurus lalu mengeluh. Sekiranya kita mengubah sudut pemikiran yang berlainan, iaitu adakah kita bersyukur kerana tidak menjadi gemuk?

Demi memiliki kesyukuran, kita tidak akan mengeluh kerana tidak bersyukur, sekiranya hati sanubari memiliki kesyukuran, maka tidak ada ruangan untuk diri kita mengeluh.

Demi kita boleh berkumpul, kita bersyukur bukan kerana kesesakan lalu lintas kita mengeluh;

Demi kita boleh menghidu udara segar, kita bersyukur bukan kerana kesakitan kita mengeluh;

Demi kejayaan kita bersyukur, jangan pula kerana tidak tercapai matlamat;

Demi keikhlasan hati, kita menasihati demi kebaikan seseorang,

sebaliknya tidak mengeluh jika terdapat orang yang membuat kritikan yang membinasa.

Sehubungan itu, saya juga patut bersyukur di atas kesudian tuan/puan/encik/cik untuk membaca makalah saya, tidak mengeluh jika ada orang tidak membuat komen di ruang blog saya...

Rekacipta Dan Hiasan Pokok Krismas Di Dataran Wisma Sanyan, Sibu

Gambar ini menunjukkan salah sebuah pokok krismas yang menjadi pilihan saya atas kecantikan dan keunikan yang terdapat pada pokok krismas tersebut.

Pertandingan merekacipta dan menghias pokok krismas merupakan antara aktiviti tahuan yang selalu dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Tahun ini seramai dua belas (12 ) peserta sahaja yang mengikuti pertandingan tersebut.


Pokok krismas yang berhampiran dengan Menara Besi di Wisma Sanyan, Sibu merupakan pilihan saya. Ini kerana selaras dengan aspirasi peredaran zaman maka pengekalan keaslian dan keunikan ke atas pokok krismas tersebut perlu ditonjolkan bagi menarik perhatian para pengunjung dan pengadil.

JURUKEMERA DEWAN BAHASA & PUSTAKA, CAWANGAN SARAWAK-

Gambar ini menunjukkan seorang jurukamera dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sarawak sedang mengatur kamera miliknya.

KENANGAN... Begitulah ragam seorang jurukamera. Atas permintaan daripada penulis pelbagai kaum yang ingin merakamkan gambar selepas majlis penangguhan Kolokium Penulis Pelbagai Kaum 2008 anjuran DBP, Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA), Kuching pada 15.12.2008.


Cuba anda kira terdapat berapa buah 'digital camera' yang perlu beliau tolong ambil gambar?

Selamat Datang (Welcome)

Gambar ini menunjukkan penggunaan tiga (3) jenis bahasa di permukaan tangga yang berjubin.


Penggunaan tiga (3) jenis bahasa secara serentak memang jarang sekali dijumpa di mana-mana tempat kompleks membeli-belah.

Namun, apa yang menawan hati kita sebagai pengguna yang berhemat tinggi ialah pihak pengurusan Ever Rise di Jalan Pending, Kuching telah berjaya menggunakan tiga (3) jenis iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di permukaan jubin lantai seolah-olah mengalu-alukan kedatangan para pengguna ke premis mereka.

Tuesday, December 16, 2008

MV DOULOS- Returns To Kuching After 7 Years

Gambar No.1 menunjukkan salinan risalah berhubung dengan data MV
Doulos

Gambar No.2 menunjukkan salinan data perjalanan untuk pergi ke
Pelabuhan Sim Kheng Hong, Pending, Kuching bagi mengunjungi
MV Doulos.

"HARI TERBUKA DOULOS" MASUK PERCUMA!
Hari Sabtu: 13, 20 dan 27 Disember, 2008, 10:00 pagi - 5 p:00 petang

DATANG dan bergembiralah bersama-sama di atas kapal penumpang samudera yang paling tua. Mengalami suasana antarabangsa dengan beberapa anak kapal kita yang berasal dari 50 bangsa berbeza.

Berseronoklah dengan persembahan badut-badut, pakaian kebudayaan berbeza, permainan muzik dan aktiviti-aktiviti kanak-kanak, dan kenalilah misi dan tujuan kapal DV DOULOS.
(Sumber dipetik dari risalah DOULOS)

Tuesday, December 9, 2008

Rumah Burung Walit Di Mukah

Gambar #1 menunjukkan sebuah bangunan burung walit
yang tersergam indah dan kukuh strukturnya.
Gambar #2 menunjukkan terdapat tiga (3) buah rumah burung walit
di satu kawasan yang sama.

Ia seolah-olah diibaratkan rumah burung walit dibina itu bagaikan cendawan
tumbuh selepas hari hujan. Rumah burung walit yang begitu banyak manalah
satu rumah burung walit akan terbang masuk? Usaha dan nasib siapalah tahu...

Saturday, December 6, 2008

Rupa Bentuk Pokok Pitaya (Dragon Fruit) Dan Bunganya

Gambar #1 saya ambil dari http://saieedriss.blogspot.com yang mempamerkan bunga untuk buah pitaya yang terdapat di halaman rumah beliau.
Gambar #2 menunjukkan para penghuni rumah kedai di bandar Sarikei dapat menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan taman di atas bumbung. Si penghuni rumah ini memang bijak dan pandai membuat perancangan untuk menggunakan sepenuhnya ruang yang ada padanya.
Beberapa pohon pokok pitaya ditanam di tempat menyidai baju.

Serampang dua mata iaitu tempat menyidai baju boleh digunakan untuk tujuan lain.
Tahniah kepada si penghuni ini.

Bangunan Burung Walit Di Daro

Gambar ini menunjukkan sebuah bangunan untuk burung-burung walit tinggal dan membuat sarang di dalamnya. Akan tetapi jika dipandang dari jauh kelihatan seakan-akan sama dengan rupa bentuk sebuah bangunan sekolah.
Namun nasib burung walit kini sudah kian bertambah baik dengan segala kelengkapan yang disediakan oleh pemiliknya. Tetapi nasib bangsa manusia adakah dibela?

Mercu Tanda Daerah Daro- Ikan Terubok

Gambar ini menunjukkan sebuah mercu tanda bagi Daerah Daro yang sangat terkenal dengan ikan teropok. Ikan terubok boleh diperolehi dari Batang Lassa, Daro dan sebuah lagi kampung yang terkenal dengan hasil tangkapan ikan teropok ialah di Kampung Tebaang, Daro.
Ikan terubok jika digoreng, wah! sedap rasanya.

Tuesday, December 2, 2008

Projek Pembangunan Pelancongan di Tapak Pesta Kaul Mukah, Bahagian Mukah

Gambar #1: Pelan lokasi tapak projek
Gambar #2 menunjukkan projek pembinaan untuk menaiktaraf kemudahan
yang terdapat di Tapak Pesta Kaul Mukah

Gambar #3 menunjukkan projek seperti kemudahan tanda, dinding penahan
terbingan sungai, tibow dan sebagainya.
Menurut maklumat yang diperolehi oleh pihak berkenaan bahawa kos pembinaan projek pelancongan di Tapak Pesta Kaul Mukah, Mukah akan menelan belanja sejumlah RM3,000,000.00. Kemajuan projek ini telah mendahului jadual seperti yang dirancangkan bagi memenuhi permintaan Pesta Kaul Mukah 2009.


Sarang Burung Walit

Gambar #1 menunjukkan beberapa biji sarang burung yang telah dikutip
Gambar #2 menunjukkan beberapa biji sarang burung disimpan dalam "contena" Tupperware.
OPERASI MEMINDAHKAN SARANG BURUNG WALIT DAN PERALATAN SISTEM SUARA TELAHPUN DILAKUKAN OLEH USAHA PERBADANAN PERHUTANAN SARAWAK PADA 14 OKTOBER 2008 YANG LALU.
HARGA SEBIJU SARANG BURUNG WALIT LEBIH KURANG RM40.00. KALAU DITIMBANG KILO DENGAN BERATNYA. MAKA IA BOLEH MENCECAH HARGA RM3,500 - RM5,000.00 PER KILOGRAM