Gambar ini menunjukkan Jambatan Gantung "Cabel Stay Wire" di Batang Lupar, Daerah Engkili. Batang Lupar terkenal dengan buaya-buaya yang terdapat dalam sungainya kerana buaya-buaya terdapat di Batang Lupar akan mengganas dan kadangkala nyawa pun terkorban bagi manusia yang berkurang baik jika terjatuh ke dalam sungai atau terpukul oleh ekor buaya.
Pengekalan nilai-nilai estetik perlu dilakukan oleh pihak yang berkenaan agar keindahan dan keunikan jambatan tersebut dapat dikekalkan. Kerja-kerja penyenggaraan ke atas jambatan ini perlu dilakukan agar tidak berlaku kes seperti terdapat di Jambatan Gantung Satok, Kuching yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri telah runtuh pada suatu masa terdahulu.
2 comments:
Saya telah ke Engkelili lama dahulu...tapi jambatan tu sudah nampak senget. Saya sangat bersetuju jambatan ini dikekalkan keunikannya...
Terima kasih di atas cadangan yang bernas. Saya akan cadangkan kepada Majlis Daerah tempatan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Post a Comment