Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

Baka Buah Mata Kucing Daripada Negara Papua New Guinea














Untuk makluman, isi buah mata kucing ini tebal dan nyaman untuk dimakan.

"Manis dimulut dan sedap dihati". Harganya pun berbaloi. Bagi sesiapa yang berminat boleh langgan/hubungi terus dari saya.

Saturday, January 17, 2009

Buah Cempedak Hasil Dari Kacukan Buah Mangga Yang Diberi Oleh Sahabat Karib Dari Sibu - Engr. Lim Yew Leong

Gambar No.1 menunjukkan sebiji buah cempedak yang besar hasil dari kacukan dengan buah mangga.

Gambar No.2 menunjukkan buah cempedak telah dibuka
dari kulitnya.

Gambar No.3 menunjukkan buah cempedak yang telah ditanggalkan
kulitnya. Isinya memang besar dan sedap rasanya. Ia sangat
sesuai bagi mereka suka cempedak yang tidak manis. Inilah pilihannya.

Gambar No.4 menunjukkan semangkuk buah isi cempedak
yang sedia untuk dinikmati. Rasanya tidak semanis berbanding dengan buah cempedak yang asli.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada engr. Lim di atas kemurahan hati bagi
berkongsi kegembiraan atas kejayaan ladang/dusunnya sudah membuahkan
hasil. Makanlah buah-buahan tempatan.
Orang berbudi kita berbahasa;
Orang memberi kita merasa.
Berbudi pada tanah;
Pasti ada hasil.

Saturday, December 6, 2008

Rupa Bentuk Pokok Pitaya (Dragon Fruit) Dan Bunganya

Gambar #1 saya ambil dari http://saieedriss.blogspot.com yang mempamerkan bunga untuk buah pitaya yang terdapat di halaman rumah beliau.
Gambar #2 menunjukkan para penghuni rumah kedai di bandar Sarikei dapat menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan taman di atas bumbung. Si penghuni rumah ini memang bijak dan pandai membuat perancangan untuk menggunakan sepenuhnya ruang yang ada padanya.
Beberapa pohon pokok pitaya ditanam di tempat menyidai baju.

Serampang dua mata iaitu tempat menyidai baju boleh digunakan untuk tujuan lain.
Tahniah kepada si penghuni ini.

Tuesday, November 4, 2008

Durian- You either love it or you hate it!

Gambar#1 menunjukkan durian "hung sia" mengikut terjemahan bahasa Mandarin dari orang tempatan di Sarikei di mana barang siapa yang sudah cuba makan durian ini maka dia akan terasakan durian lain adalah tidak bermakna baginya. Ini kerana durian ini ada kelas, mahal harganya dan sedap rasanya.
Gambar #2 menunjukkan durian keluaran dusun Sarikei.

Photos by Ting Nai Ho
Poskad ini adalah keluaran Scenes of Sarawak Series and Sold for Association for Intelectually Disabled Children, Sarawak, Malaysia yang saya beli di Lapangan Terbang Kuching pada 31.10.2008