Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52

Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Terkini: Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo 1 Malaysia
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

OH! MALAYSIA,

AKU TETAP CINTAI PADAMU.

"SELAMAT HARI JADIMU KE52"

Anak watan, Mukah

Happy Birthday To Sunday School Students At Mukah Methodist Church, Mukah

Cikgu Lau mengetuai acara
Pau yang sedap sedang menunggu...
Bungkusan berbentuk minuman air jenis kotak
Keadaan dalam gereja
Kek Hari Jadi Pelajar Sekolah Mingguan
Rekabentuk dua kuntum bunga di atas kek hari hadi
Adik Patrick Kong adalah pelajar yang paling menghampiri 30.8.2009
Keadaan pelajar berhimpun di dalam Gereja
Adik Kembar keluarga Kiu turut menyertai perayaan
Cikgu Lau mengetuai pelajar bagi nyanyian
Para pelajar dari Methodist Children's Home, Sibu turut menyertai perayaan tersebut
Acara tarian mereka persembahan khasnya untuk tontonannya para pelajar Sekolah Mingguan Methodist Mukah


Aksi yang menarik mereka persembahkan
Paderi Tie memberi syarahannya
Siapa yang mempunyai hari jadi sebanyak 2 kali tolong angkat tangan?
Para pelajar diserukan yakin dan percaya akan kurniaan Tuhan tentang pemberian kelahiran kita
Keadaan semasa ketika mereka mendengar perutusan dari Paderi Tie
Lukisan di paparan Skrin
Pengagihan kertas untuk melukis sesuatu objek
Para pelajar sedang melukis muka sendiri dengan menggunakan tangan kiri yang biasanya tidak pernah diterima pakai ketika menulis.
Jejak kasih untuk mengenali hasil lukisan sebenar tadi dengan tangan sebelah kiri tadi...
Majlis bersurai dan berbaris untuk mengambil hadiah hari jadi mereka masing-masing

Gambar beramai-ramai untuk para pelajar Sekolah Mingguan Gereja Methodist Mukah pada 30.8.2009

Untuk makluman para ibu bapa sekalian,

Gereja Methodist Mukah mempunyai kelas Sekolah Mingguan untuk para pelajar dari Tadika sehinggalah ke Tingkatan Lima. Masa sekolah ialah bermula dari 0830 sehingga 0930 setiap Hari Ahad.

Pelbagai acara disediakan iaitu nyanyian, tarian, kelas agama, kelas seni-lukis dan lain-lain lagi turut disediakan.

Selamat datang untuk mereka yang beragama Kristian. Ingat!, Tuhan - " Yesus Mengasihi Anda".