Showing posts with label Alat. Show all posts
Showing posts with label Alat. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Security System (Alarm)

Jika pencuri datang dan sentuh sistemnya maka alat tersebut akan berdering dengan sekuatnya. Jika ada di tara pencuri yang lemah jantung tapi berniat untuk mencuri sila dan dialu-alukan untuk pecah rumah dan rasakan jantung anda meletup atau mahu terus mencuri....

Saturday, February 14, 2009

Alat Penyidai Baju Terubahsuai Di Kuarters Kawan Saya, Dalat

Gambar ini menunjukkan alat penyidai baju yang dibeli dengan yang
telah diubahsuai. Namun, kreativiti yang dimiliki oleh kawan saya Ah
Boot memanglah unik. Ini kerana alat penyidai baju yang diubahsuai itu
menggunakan dawai besi bulat yang tidak berkarat dan bertahan lama.

Saturday, January 17, 2009

Alat Jaring Tangkap Ketam di Tepi Sungai Batang Loba Pulau, Mukah

Gambar ini menunjukkan alat yang digunakan untuk menangkap ketam di tepi sungai.
Hanyalah orang yang berusaha dan rajin itu akan mendapatkan pulangan yang agak lumayan.

Ketam di Tanjung Manis adalah sangat berisi dan difahamkan harga sekilo lebih kurang RM12- RM15.

Tuesday, October 14, 2008

Kerja Ukur Aras Kelas Pertama (1) Di Jalan Oya/Dalat, Bahagian Mukah


Gambar # 1: Menunjukkan kerja ukur aras kelas 1 telah dijalankan di Jalan Oya/Dalat


Gambar #2: Menunjukkan peralatan Ukur Aras Kelas Satu (1) yang dipakai oleh Juru Ukur. I a menggunakan dua (2) kaki yang lebih tegak dan boleh dilaraskan ketinggian untuk mengukuhkan kestabilan dan kepugakan alat pengukur aras (staf) oleh pegawai dari Jabatan Pemetaan Malaysia.
Ia amat berbeza dengan apa yang kita belajar di institusi pengajian tinggi. Biasanya dalam pratikal di Politeknik atau Universiti maka para pelajar atau siswa-siswi akan diajar untuk menjalankan kerja ukur aras kelas 2 sahaja.

Saturday, October 11, 2008

Alat Penganjal (Tali Getah) Untuk Melastik Burung


Gambar ini menunjukkan alat penganjal yang digunakan untuk melastik burung. Ia telah membawa kenangan dan mengimbas kembali apa yang telah berlaku ketika zaman remaja
yang suka melastik burung. Kadang kala burung tidak terkena lastik dan batu yang dianjal pula terbang pergi ke rumah jiran. Maka banyaklah gelaran yang diberikan seperti budak yang nakal, tidak sayang binatanglah dan sebagainya.