Saturday, December 5, 2009

Musim Cuti - Jemputan Perkahwinan


















Selamat Hari Pengantin Baru kepada ketiga-tiga pasangan iaitu En. Teo bersama dengan Cik Jackyln Wong, En. Lawrence bersama dengan Cik Lily dan En. Bit bersama dengan Cik Lydia.
Kata orang tua, perkahwinan itu hanyalah satu permulaan sahaja. Namun, apa yang paling penting bagi kita ialah persefahaman, perkuatkan iman kita, mendekati diri dengan Tuhan agar Tuhan menjadi Tuan Rumah Kita, sanggup bercakap "Sorry" jika ada menyakiti mana-mana pihak antara si suami mahupun si isteri dan lain-lain lagi.
Jangan lupakan orang yang pernah mendidik dan membesarkan kita. Itulah kasih sayang tidak terhingga dari ibu bapa kita.

Tuesday, December 1, 2009

Sekitar Persiapan Akhir Lori Berhias Sempena "Joint Christmas Procession And Carolling 2009" Peringkat Daerah Mukah Pada 19.12.2009 (Sabtu)






Untuk makluman anda sekalian, salah satu aktiviti keagamaan yang julung-julung kali akan diadakan di Daerah Mukah ,aitu dengan kerjasama di antara gereja-gereja bersekutu seperti Gereja Roman Catholic Church, Mukah Methodist Church, Full Gospel Church, SIB Church dan Living of Waters Church.

Aktiviti ini ialah "Joint Christmas Procession and Carolling 2009". Sebanyak 3 kali mesyuarat jawatankuasa persiapan tersebut telahpun diadakan.

Namun, apa yang boleh kita perhatikan ialah terdapatnya kerjasama yang erat di antara jumaah di daerah Mukah ini. Bersama kita membina kecemerlangan demi Tuhan yang kita kasihi/sayangi.

Adalah dijangkakan seramai 2,500 penganut kristian akan berkumpul di Dataran Menara Pehin Setia Raja pada 19.12.2009 (Sabtu) jam 0600 petang.

Sila datang beramai-ramai untuk aktiviti keagamaan tersebut khasnya bagi mereka yang berkenaan.