
Saturday, April 4, 2009
4.4.2009- Hari Chin Ming di Mukah

menunaikan tanggungjawab seorang anak yang baik.

Kesesakan lalulintas terasa di tempat lalu perkuburan.


Kesesakan lalulintas terasa di tempat lalu perkuburan.
untuk orang mati pakai menurut kepercayaan cina masing-masing.
Hari ini merupakan suatu hari yang sangat penting bagi kaum keturunan cina di mana mereka kena tutup kedai untuk balik ke kampung halaman bagi menunaikan kerja-kerja menziarahi kubur bagi mengenangi orang yang tersayang( orang yang sudah lama meninggal dunia). Aktiviti yang biasa dilakukan ialah mencuci tapak perkuburan,menghantar bunga-bunga, barang-barang makanan untuk nenek datuk mereka yang sudah mati.
Kenalah bercuti, kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam turut berlaku untuk hari ini. Maka semua orang adalah diseru menghormati dan melayangi orang tua yang tersayang dengan hati yang ikhlas dan penuh perihatin. Janganlah ketika mereka yang tersayang itu sakit barulah membeli barang yang termahal, vitamin yang paling mujarab atau ubat yang ajaib bagi mengubati mereka. Sudah terlambat!!!
Jadi, hargailah masa yang lapang untuk bersama keluarga terdekat terutama kita yang masih hidup ini. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan ini kerana kita ini hanyalah tetamu senja sahaja.
Friday, April 3, 2009
Sorotan Gambar Pesta Kaul Mukah 2008 - Acara Mr. & Mr. Jed Mukah 2008
Mrs. Jed tengah makan ulat mulung atau "siet"
Labels:
Aktiviti- Pesta Kaul Mukah
Acara Mr. & Mrs. Jed 2009 Sempena Pesta Kaul Mukah 2009
Sila datang menyertai untuk acara ini dengan Yuran Penyertaan sebanyakRM5.00. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan siapakah yang bakal
dimahkotakan sebagai orang terkuat di Bahagian Mukah untuk Kategori Lelaki
dan Kategori Wanita.
Labels:
Aktiviti- Pesta Kaul Mukah
Thursday, April 2, 2009
Laungan Pelajar Politeknik Mukah Sarawak Sem. 6 di Menara Pehin Setia Raja (MPSR), Mukah- "POLIMU BOLEH"
Wajah keriangan yang ditunjukkan oleh para pelajar Sem. EnamPoliteknik Mukah Sarawak setelah habis mendengar taklimat
berhubung kerja-kerja pembenaman cerucuk yang disampaikan oleh
Engr. Tuan Haji Abdul Talib bin Haji Jarni, Ketua Seksyen
Pembangunan Jalan, JKR Bahagian Mukah. Lawatan mereka diketuai
oleh pensyarah En. Khairul ke Pejabat JKR di Tingkat 7, 8 & 9 dan
akhirnya mereka sempat dibawa ke Tingkat 12, MPSR bagi melihat
pembangunan pesat di sekitar bandar Mukah (Aerial View) . Tahniah di
atas initiatif untuk menjayakan program sebegini di antara institusi
pengajian tinggi bersama dengan jabatan teknikal. Diharapkan
kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























+001.jpg)


