The Mukah
Tuesday, March 31, 2009
Model Burung Kenyalang Di Hotel Penview Kuching
Pandangan Malam bagi model Burung Kenyalang
Pandangan Siang bagi model burung kenyalang
Sumber: Gambar ini diambil di Hotel Penview, Kuching
Logo 45 Tahun - Sarawak Maju Dalam Malaysia
Monday, March 30, 2009
Senja Menjelang Di Pintu Gerbang Dewan Suarah Mesra Mukah, Mukah
Pemandangan indah di depan Pintu Gerbang Utama Dewan Suarah
Mesra Mukah ketika petang .
Sunday, March 29, 2009
Program "Earth Hour 60" di Kawasan Perumahan Taman Pelita Fasa II, Mukah
Logo bagi "Earth Hour"
Hasil pemerhatian yang dibuat oleh saya dan didapati rata-rata
penghuni di perumahan ini telah mengambil bahagian untuk
menjayakan program ini untuk diri, keluarga, bangsa dan negara. Satu
aktiviti yang amat berfaedah untuk rakyat Malaysia. Tidak ada ura-
ura untuk putuskan bekalan elektrik. Ini adalah hasil initiatif sendiri
untuk cintakan bumi kita. Namun, apa yang paling penting bagi kita ialah tujuan
program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai
pemanasan global dan peubahan iklim yang sedang berlaku di dunia ini.
Burung-Burung Bangau Terbang Meninggi di Perkarangan Kawasan Menara Pehin Setia Raja,Mukah
Burung-burung bangau selalu berada di perkarangan Bangunan
Menara Pehin Setia Raja untuk mencari buruan dan barang makanan
mereka. Saya sempat mengambil gambar ketika balik dari pejabat.
Saturday, March 28, 2009
Keindahan Pemandangan Di Sungai Tian, Matu
Keindahan arca pokok-pokok rumbia dan rumah-rumah di sekitar
Sungai Tian, Matu.
Bangunan Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD) & Perpustakaan Awam Matu, Daerah Matu
Pandangan Nilai Estetik yang dimiliki oleh bangunan Majlis Daerah
Matu Daro,Matu. Perpustakaan Awam Matu juga bertempat di dalam
bangunan ini.
Pasar Lama Matu, Matu
Gambaran bangunan kayu yang berusia lebih 100 tahun di Pasar
Lama Matu, Matu
Friday, March 27, 2009
Keratan Batang Rumbia Di Jambatan Sg. Tian, Matu
Ekoran daripada harga minyak naik, maka ini secara langsung turut
mempengaruhi industri pertanian. Cuba bayangkan satu keratan
batang rumbia kini berharga lebih kurang RM10.00 berbanding
dengan tahun 90-an yang hanya dijual RM3.00- RM4.50. Harga ulat
mulung(rumbia) atau lebih dikenali "siet" kini sudah mencapai harga antara
RM30.00- RM35.00/kilogram.
Cadangan Rekacipta Logo Baru - Hospital Mukah Berkonsepkan Terendak Orang Melanau di Mukah
Moto Hospital Mukah ialah "PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN
DAN PROFESIONALISMA ADALA BUDAYA KERJA KITA"
Pemandangan Matahari Terbit Di Stesen Bas Mukah
Suasana keadaan matahari terbit di Stesen Bas Mukah
"Concrete Hacker" Dan Bukannya "Screw Driver"
Peralatan cencang digunakan untuk mencencang bahan yang sudah
beku. Contohnya seperti lapisan permukaan konkrit, lapisan
permukaan berbitumen, lapisan tanah keras dan sebagainya.
Sumber: Gambar ini diambil di tapak projek pembinaan Jambatan
Kg Kuala Matu, Matu.
Kenakalan Puteri Bongsuku- Si Jocelyn Toh
Itu kenakalan yang ditunjukkan olehnya. Tapi dia sangat kreatif
sewaktu kecil lagi. Itu baldi air dianggap sebagai topi keselamatan.
Thursday, March 26, 2009
Burung Bangau Putih Terbang Meninggi
Kedua-dua gambar ini diambil di perkarangan Menara Pehin Setia
Raja Mukah sewaktu saya balik dari kerja. Kelihatan burung-burung
bangau terbang meninggi di awam dengan begitu bebas sekali.
Tuesday, March 24, 2009
Meter Air Di Dalam Rumpun Bunga
Biasanya orang akan sebut ada udang di sebalik mi. Begitu juga dengan ada
meter air di dalam rumpun bunga ini. Jika pokok bunga ini tidak dicantas
maka tidak nampaklah meter air. Jadi ada susah sedikit untuk pembaca
meter daripada Lembaga Air Sibu untuk mengambil bacaan. Keadaan ini
berlaku di kampung halaman saya Sibu.
Puteri Bongsu Si Jocelyn Toh Sze Suen
Kecomelan dan kebijaksanaan si puteri ini memanglah dikagumi. Ini
kerana beliau baru berusia satu tahun 8 bulan sudahpun pandai
mengambil bajunya untuk dijadikan topi.
Monday, March 23, 2009
Langit Yang Membiru Dengan Awan Seakan-akan Asap Yang Naik Ke Langit Di Kampung Judan, Mukah
Gambar ini diambil di Kampung Judan,Mukah
Sunday, March 22, 2009
Aktiviti "Scooter Club Show" - Pride: Loyalty & Freedom Di Dataran Menara Pehin Setia Raja, Mukah
Ativiti pertandingan menghiasi motosikal & "scooter" telah dianjurkan
oleh Mukah Motor Club dengan kerjasama Restoran Selera Puteri.
Pertandingan ini berlangsung di Dataran Menara Pehin Setia Raja
Mukah pada 21.3.2009 (Sabtu). Hasil daripada penelitian yang dibuat
dan didapati bahawa warga Mukah begitu kreatif dalam menghasilkan
sesuatu yang unik dan berdaya siang. Anak watan Mukah tetap
boleh!!!. Tahniah kepada mereka yang menjadi pemenang untuk
aktiviti ini.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Comments (Atom)