Gambar ini menunjukkan beberapa keterangan mengenai idea cadangan mercu tandauntuk Daerah Mukah

Gambar ini menunjukkan cadangan Mercu Tanda untuk Daerah Mukah



Gambar ini menunjukkan Jambatan Gantung "Cabel Stay Wire" di Batang Lupar, Daerah Engkili. Batang Lupar terkenal dengan buaya-buaya yang terdapat dalam sungainya kerana buaya-buaya terdapat di Batang Lupar akan mengganas dan kadangkala nyawa pun terkorban bagi manusia yang berkurang baik jika terjatuh ke dalam sungai atau terpukul oleh ekor buaya.
Gambar ini menunjukkan beberapa ekar lembu melintas di Jalan Oya/Igan. Para pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk mengurangkan had kelajuan memandu ketika terjumpa dengan si lembu. Hasil daripada pemerhatian kadangkala kalau ada lalat besar hinggap di mata si lembu atau terdapat serangga yang menggigitnya maka si lembu akan cuba sedaya upaya untuk menghalau dengan cara menggerak-gerakkan badan tanpa menentu arah. Itulah bahayanya kadangkala tidak menentu arah.
Gambar#1 menunjukkan durian "hung sia" mengikut terjemahan bahasa Mandarin dari orang tempatan di Sarikei di mana barang siapa yang sudah cuba makan durian ini maka dia akan terasakan durian lain adalah tidak bermakna baginya. Ini kerana durian ini ada kelas, mahal harganya dan sedap rasanya.
Gambar #2 menunjukkan durian keluaran dusun Sarikei.
Photos by Ting Nai Ho